[VIDEO] 'Siap keluar baris', budak perempuan lengkap beruniform rai kejayaan ibu tamat latihan polis


  • Bonda
  • Isnin, 21 Jul 2025

Tangkap layar (kiri) memaparkan gelagat kanak-kanak tersebut berkawad di hadapan ibunya selepas tamat Istiadat Perbarisan Tamat Latihan PLAK pada Sabtu lalu.

SUASANA penuh emosi, lucu dan menyentuh hati mewarnai Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki/Wanita) 2025 yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Negeri Sembilan, pada Sabtu lalu.

Pelbagai momen menyentuh perasaan dan mencuit hati berjaya dirakam lensa kamera dan dikongsikan di media sosial, mencerminkan keakraban serta pengorbanan para pelatih bersama keluarga masing-masing.

Antara rakaman mencuri perhatian termasuk gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang mengenakan pakaian uniform polis lengkap dengan beret, berdiri seolah-olah menyertai perbarisan.

BACA LAGI: [VIDEO] Di sebalik tragedi Juliana Marins, pendaki wanita Malaysia rupanya turut membantu misi SAR guna dron

BACA LAGI: [VIDEO] Di sebalik tragedi Juliana Marins, pendaki wanita Malaysia rupanya turut membantu misi SAR guna dron

Lebih menyentuh hati, kanak-kanak itu dilihat berkawad dan melangkah ke arah seorang wanita berseragam polis, dipercayai ibunya yang baru sahaja menamatkan latihan asas kepolisan.

Sebaik tiba di hadapan wanita tersebut, si cilik itu memberi tabik hormat, sebelum melakukan pergerakan seolah-olah ‘keluar baris’ dan kemudian memeluk ibunya.

Wanita berkenaan yang turut kelihatan sebak, mengangkat anaknya dan berpusing sambil tersenyum, sebagai menzahirkan kerinduan antara mereka berdua.

Momen istimewa itu disaksikan suami dan ahli keluargnya yang lain serta turut dikongsikan di akaun TikTok milik pengguna bernama ieyykaa pada hari sama.

"Penantian (selama) enam bulan," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengakui terhibur dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut, selain tersentuh dengan keakraban ibu dan anak berkenaan.

"Siap keluar baris tu... sebak pula tengok budak ini kecil-kecil lagi dah semangat meraikan kejayaan ibunya," tulis Zianaakila.

"Biasa tengok suami orang tamat latihan isteri rakam, ini terbalik. Hebatnya seorang lelaki yang mampu bertahan enam bulan mengasuh anak. Semoga keluarga awak sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan amin," ujar harey_nation2.0. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram