
AKTIVITI briskwalk atau berjalan laju kini menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia sebagai cara mudah dan selamat untuk kekal cergas.
Namun, di sebalik gelombang positif itu, muncul pula suara-suara sumbang yang cuba menidakkan usaha tersebut, dengan menyatakan briskwalk tidak cukup efektif untuk menurunkan berat badan.
Kritikan itu dianggap tidak membina oleh segelintir pengguna media sosial yang tampil mempertahankan faedah briskwalk bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malah juga kesejahteraan mental.
BACA LAGI: Pilates, senaman perut 800 kali, jus lemon rahsia 5 selebriti wanita K-Pop kekal langsing
BACA LAGI: 'Tak terlambat mulakan senaman', ketahui rutin senaman dengan 4 petua ini
Menerusi platform Threads, seorang pengguna dengan nama akaun Aimifakhirah meluahkan kekecewaan terhadap individu yang seolah-olah menjadi joy killer kepada mereka yang cuba memperbaiki gaya hidup.
Untuk rekod, joy killer ialah istilah tidak formal merujuk pada seseorang yang merosakkan kegembiraan, semangat atau suasana positif orang lain dengan komen negatif, sinis atau tidak menyokong.
“Joy killer ini menyakitkan hati betullah. Orang kongsi pasal kejayaan diri buat briskwalk, tapi dia pergi balas kata briskwalk tak boleh kurus, jaga makan baru kurus.
"Briskwalk ada banyak faedah untuk kesihatan dan dah cukup bagus untuk jantung dan kesihatan,” tulisnya pada Ahad.
Dr Malar dikenali dengan pendekatan mesra dan berfakta dalam mendidik masyarakat tentang kesihatan. — Facebook/Celoteh Dr Malar
Beliau turut menegaskan, tindakan sebegini hanya akan menyebabkan individu yang baru mula bersenam menjadi hilang semangat dan putus asa.
“Sudahlah jadi joy killer, kemudian apabila Malaysia mempunyai ramai rakyat yang obesiti atau sakit jantung, kalian juga yang sibuk mengecam orang gemuk.
"Ia benda baik. Tak payahlah nak halang orang buat atas alasan ada benda yang lebih berkesan,” tambahnya lagi.
Sokongan terhadap briskwalk turut disuarakan oleh doktor perubatan dan pempengaruh media sosial, Dr Malar Santhi, yang dikenali dengan pendekatan mesra dan berfakta dalam mendidik masyarakat tentang kesihatan.
Menerusi ruangan komen di hantaran sama, Dr Malar menegaskan, berjalan laju sebenarnya memberi banyak manfaat, termasuk membantu menurunkan berat badan.
Menurut beliau, tanggapan briskwalk tidak mencukupi sebagai senaman adalah tidak tepat dan boleh melemahkan semangat individu yang sedang berusaha mengubah gaya hidup mereka.
“Briskwalk boleh kurus dan sangat menyihatkan. Yang penting, ia boleh cegah kenaikan berat badan dan tingkatkan stamina.
"Terus melakukan briskwalk tanpa mengira corak berat badan,” ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram