Pilates, senaman perut 800 kali, jus lemon rahsia 5 selebriti wanita K-Pop kekal langsing


  • Relaks
  • Selasa, 15 Apr 2025

Dari kiri: Yuna, Hye Kyo dan Jennie antara selebriti K-pop sentiasa menjadi ikutan peminat dari rutin senaman dan diet bagi mendapatkan berat badan ideal. — Instagram selebriti

 

 

MEMILIKI tubuh badan langsing dan kulit putih mulus bukan lagi satu pilihan, malah kini menjadi tuntutan terutamanya dalam industri hiburan di Korea Selatan.

Selain persembahan dan lakonan hebat dipamerkan, idol K-pop juga 'wajib' untuk sentiasa tampil menarik dan menawan.

Sehingga sebahagian besar mereka sanggup melakukan diet ekstrem demi mengekalkan bentuk tubuh badan ideal.

BACA LAGI: Jangan terus menghukum, tip ideal ‘tackle’ anak melalui emosi dan sikap

BACA LAGI: 'Ibu lari sehelai sepinggang bersama 4 anak ketika api marak', Ustazah Asma' kagum kecekalan mangsa tragedi Putra Heights

Buat anda yang memasang impian untuk mendapatkan bentuk badan persis artis K-Pop, berikut Majoriti kongsikan lima rutin sihat dan diet dipraktikkan selebriti wanita popular.

1. Jeon Jong seo

Pelakon terkenal yang pernah memenangi Anugerah Wanita terbaik melalui filem The Call merupakan salah seorang artis menjadi perhatian dek mempunyai tubuh idaman para wanita.

Beliau gemar mengunjungi gim untuk senaman kardio membantu menguatkan otot, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan metabolisme. Antara kelebihan lain meransang hormon baik, mempercepatkan pemulihan badan, bantu menangani kencing manis dan menguatkan jantung.

Selain itu, bintang semakin meningkat naik itu turut meluangkan masa melakukan senaman ringkas termasuk mengamalkan pemakanan seimbang kaya karbohidrat, sayur-sayuran dan protein.

2. Jennie Kim

Ahli kumpulan Blackpink berusia 29 tahun itu gemar menikmati buah-buahan, sayur, bijirin penuh dan protein tanpa lemak. Kebiasaannya, beliau bersarapan dengan buah atau roti bakar bijirin sebelum bersenam.

Menurut kajian,mengamalkan pemakanan seimbang seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, dan air adalah keperluan asas yang baik kerana ia menyediakan nutrien penting sekali gus menyumbang kepada kesihatan, tenaga dan kesejahteraan keseluruhan badan.

Selain itu, pelantun lagu yang sedang popular dengan lagu Like Jennie itu aktif melakukan pilates antara satu hingga dua jam untuk lima hari seminggu dan yoga.

Menurut kajian, senaman pilates membantu menghilangkan tekanan akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian dialami disamping membina kekuatan otot asas termasuk memperbaiki keseimbangan tubuh.

Melakukan 800 ulangan senaman perut dalam sehari adalah pilihan Ahyeon bagi membentuk otot abdomen. — Instagram selebriti

3. Ahyeon Baby Monster

Ahyeon daripada grup Baby Monster yang terkenal dengan gelaran puteri YG Entertainment juga dikagumi memiliki bentuk badan langsing walaupun beliau selalu berkongsi aktivitinya menjamu selera melalui akaun Instagram.

Penyanyi berusia 18 tahun ini menjalani rutin senaman yang ketat bagi mengekalkan badan antaranya berlari di atas treadmill dengan kelajuan tahap 10 selama dua jam.

Selain itu, beliau juga melakukan 800 ulangan senaman perut dalam sehari bagi membentuk otot abdomen.

4. Yuna ITZY

Berlainan pula dengan Yuna daripada kumpulan ITZY, mengakui kurang bersenam kerana sibuk dengan sesi latihan tarian dan persembahan pentas.

Pun demikian, Yuna mengamalkan diet ketat untuk mengekalkan badan ideal seperti menikmati apa saja makanan kegemaran, tetapi dalam porsi kecil.

Penyanyi berusia 21 tahun itu turut berkongsi melakukan senaman regangan sejurus bangun pagi dan lompat tali di sepanjang Sungai Han.

Seperkara lagi, terdapat beberapa latihan senaman kegemaran seperti melakukan superset lutut diikuti dengan mencangkung (3 set 15 ulangan).

Hye Kyo mengamalkan diet tauhu hingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17kg dalam tempoh dua bulan. Instagram selebriti

5. Song Hye-Kyo

Pelakon siri The Glory imenarik perhatian ramai apabila beliau berjaya menurunkan berat badan hingga 17 kilogram dalam tempoh dua bulan.

Dalam proses penurunan berat badan, Hye Kyo mengamalkan diet tauhu merupakan sumber protein tinggi yang mampu meningkatkan rasa kenyang, sekali gus mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari. Ini disebabkan tauhu adalah makanan kurang kalori dan kurang lemak hanya sekitar 70 kalori per 100 gram.

Memanfaatkan lemon ketika berdiet juga salah satu pilihan kerana ia kaya vitamin C dan asid sitrik. Pelakon berusia 43 tahun itu juga mengamalkan jus lemon bagi meningkatkan metabolisme, selain mengamalkan air kosong.

Selain itu, beliau meluangkan sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari melakukan aerobik bantu menghilangkan lemak pada perut dan keseluruhan badan termasuk berjalan kaki selama 30 minit.

Antara tip lain adalah dengan menghindari makanan ringan dan mengamalkan waktu makan yang teratur. Beliau menggantikan makanan ringan kepada buah-buahan dan makanan rendah kalori dan berserat tinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram