
SIAPA kata melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh tidak perlu bersiap-siap cantik?
Bagi sesetengah wanita, keluar joging atau saja pergi hiking bukan alasan untuk tidak menjaga penampilan.
Bersolek ketika membuat aktiviti fizikal bukan sekadar untuk tampil berkeyakinan, tetapi ia juga lebih kepada menjaga semangat dan motivasi diri.
BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi
BACA LAGI: [VIDEO] 'You must always do well', pesanan Pak Lah jadi lambang kasih dan sayang datuk kepada cucu
Malah, ada yang mengganggap sapuan tipis bedak dan calitan lipstik ibarat ‘pelindung aura’ yang mampu menaikkan semangat sepanjang melakukan aktiviti fizikal.
Perkara itu menjadi perbualan hangat di laman Threads apabila seorang pengguna, Imnzliqha mengetengahkan isu bersolek dalam nada sarkastik.
“Joging pun pakai mekap ke? God Forbid a Woman Wants To Feel Good About Herself," katanya.
Jawapan itu ternyata mewakili rasa ramai wanita yang percaya bahawa memakai solekan ketika bersenam bukanlah sesuatu yang patut dipersoalkan, malah ia membantu mereka rasa lebih yakin dan gembira.
"Pergi joging pun pakai solekan? Mestilah! Kita bukan lari dari masalah, kita lari sambil cantik," tulis Baeabyss.
Sementara itu, Yumie.rwd berkongsi satu kisah lucu yang pernah dialaminya semasa mendaki gunung.
"Saya pernah kena tegur dengan geng ‘terpaling hiking’. Mereka usik kata ‘mendaki pun mekap ke? Ni mesti baru nak naik (gunung) sebab mekap elok lagi’.
"Tapi saya jawab, ‘Hello kak, ini mekap anti badai okey’. Apabila dah turun, mekap masih slaying. Siap mereka tanya I pakai produk apa. I pakai pun tak tebal. Just tak nak nampak pucat macam tak cukup darah," tulisnya.
Seorang lagi pengguna, Tnmaznytnmahmood pula membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk tampil menawan terutama ketika bersukan.
"Aunty umur dah masuk 50 pun masih tetap pakai mekap, especially lipstik dan alis kening.
"Mendaki, briskwalk, zumba, belly dance, joging, berenang, berkhemah... semua wajib ada sikit solekan.
"Walaupun masa bersalin pun I masih sempat memakai semula mekap lepas masuk bilik! Rasa puas hati bila tengok cermin. ‘Good job Mazny!’”
Pengguna lain, Norzeck_kinsella turut bersetuju perempuan perlu sentiasa tampil cantik dan mendedahkan dirinya masih berdandan meskipun pergi berenang.
“Beb… Saya masuk kolam renang pun pakai lip cream kalis air tau. Relaks sahaja berenang 20 laps. Yang penting, I nampak comel. Kot-kot la ada jodoh dekat kolam tu. Hahaha!," katanya.
Bagi Mimmyfariza pula, mekap adalah sebahagian daripada ‘mood booster’ harian.
“I memang akan mekap ke mana-mana. At least pakai sunscreen, bedak, eyebrow, maskara, lipstik dan pemerah pipi. Kalau tak, rasa macam mayat hidup je," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram