
SEORANG pencipta kandungan daripada Rusia mendedahkan enam rahsia utama diamalkan wanita di negaranya untuk kekal langsing dan sihat.
Aleksandra Dorokhina, yang aktif berkongsi tip gaya hidup dan kesihatan di laman Instagram miliknya, menarik perhatian ramai selepas hantaran bertajuk How Russian girls stay so skinny pada 27 April lalu kembali tular.
Menurutnya, wanita Rusia mempunyai pendekatan yang ringkas, tetapi berkesan terhadap pemakanan dan kecergasan.
BACA LAGI: Athina jadi inspirasi model 'plus size', kikis stereotaip wanita hanya cantik jika kurus
Berikut enam amalanboleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin menjalani gaya hidup lebih sihat:
1. Berjalan 10,000 langkah sehari
“Kami berjalan kaki ke mana-mana. Bagi kami, berjalan 10,000 langkah sehari itu perkara biasa saja,” jelas Aleksandra.
Aktiviti berjalan secara konsisten bukan sahaja membantu membakar kalori, malah menyumbang pada kesihatan jantung dan kesejahteraan menyeluruh.
Kajian juga mendapati berjalan, walaupun dalam jumlah yang lebih rendah, tetap membawa manfaat ketara pada kesihatan.
2. Elak makanan proses, gula
Aleksandra turut menekankan kepentingan mengurangkan pengambilan makanan terproses dan gula tambahan.
“Kami cuba kurangkan makanan terproses dan gula,” katanya.
Makanan sedemikian lazimnya tinggi kalori dan lemak tidak sihat, tetapi rendah serat serta nutrien penting.
Bagi Aleksandra, berjalan kaki 10,000 langkah sehari adalah perkara biasa di Rusia. — Instagram/alex.dorokhina
3. Berhenti makan apabila kenyang
“Kami tidak ambil hidangan besar dan jika dah kenyang, kami berhenti makan,” ujarnya.
Amalan itu berkait rapat dengan konsep mindful eating, iaitu kepekaan terhadap isyarat kenyang badan dan makan hanya untuk memenuhi keperluan, bukan nafsu.
4. Kekalkan gaya hidup aktif
Gaya hidup aktif juga menjadi pilihan wanita Rusia.
Kebanyakannya menggemari gaya hidup aktif seperti aktiviti Pilates, yoga dan senaman kekuatan.
Gabungan senaman tersebut bukan sahaja meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan fizikal, malah membantu keseimbangan minda serta tubuh.
Kebanyakan wanita Rusia mengamalkan konsep mindful eating. — Gambar hiasan
5. Kurangkan snek, lebihkan makanan segar
Dengan memberi keutamaan pada makanan berkhasiat dan seimbang, wanita Rusia memastikan tubuh mereka mendapat nutrien yang diperlukan tanpa pengambilan kalori berlebihan.
6. Jangan makan ketika stres
“Kalau stres, kami berjalan, bukan makan,” katanya.
Menurut Aleksandra, ramai yang cenderung makan sebagai reaksi terhadap tekanan emosi, sedangkan berjalan atau bersenam adalah alternatif lebih sihat dan membantu meredakan tekanan dengan lebih berkesan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram