[VIDEO] Ambil masa setahun turun berat badan, rahsia penampilan 'fit' Siti Nurhaliza buat ramai wanita terinspirasi


  • Sihat
  • Rabu, 25 Jun 2025

Tokti mencuri perhatian ramai apabila tampil langsing dan kelihatan jauh lebih muda meskipun usianya kini mencecah 46 tahun.

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terus mencuri perhatian ramai apabila tampil semakin langsing, bertenaga dan kelihatan jauh lebih muda meskipun usianya kini mencecah 46 tahun.

Penampilan terbaharu pelantun lagu Purnama Merindu itu mencetuskan perbualan hangat di media sosial terutama apabila seorang peminat mendedahkan perubahan berat badan Tokti dilakukan secara semula jadi tanpa sebarang jalan pintas.

“Rahsia Siti Nurhaliza kembali kurus daripada 80 kilogram ke 62 kilogram, makan masa satu tahun. Bersenam, muay thai dan ambil Beaunest.

"Selain itu, makan nasi sekali sehari sahaja,” tulis seorang peminat di Twitter yang mengagumi kesungguhan penyanyi legenda itu.

BACA LAGI: 'Saya sendiri sebagai ibu dapat rasakan', Sesal alunan Siti Nurhaliza singkap penderitaan hilang anak perempuan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tahun ini mungkin ada, tahun depan belum tentu', rakam foto keluarga jadi tradisi Aidilfitri Tokti sekeluarga

Disiplin tinggi Tokti dalam menjaga kesihatan turut diakui oleh pasukan penarinya sendiri.

Salah seorang penari yang terlibat dalam konsert Siti, Asya berkata, penyanyi itu komited menjaga pemakanan dan sentiasa konsisten bersenam, lebih-lebih lagi ketika menjelang persembahan besar.

“Kami dancer, memang saksi yang Tokti sangat jaga pemakanan dia. Setiap pagi dia akan workout dengan jurulatih. Setiap sesi latihan pun dia akan all out. Yang bekerja dengan dia sahaja tahu macam mana usaha dia demi konsert ini,” katanya di ruangan komen.

Siti juga sebelum ini dilihat memuat naik rakaman video mengenai dirinya melakukan latihan muay thai bersama jurulatih peribadi di laman Instagram. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang memuji tindakan beliau yang bersungguh-sungguh. 

“Caiyok… admire Siti. Makin berumur makin cantik dan kuat. Walaupun badan dah 45 tahun ke atas, kalau tak terus aktif, badan mudah sangat ‘manja’ dengan penyakit,” tulis Fida D.

"Kuat lutut tokti boleh naik tangga cenggitu. Kitanya lutut nak naik tangga secara normal pun susah," kata Nuraini Ain— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram