Rahsia Tokti kekal fit


  • Sihat
  • Sabtu, 28 Jun 2025

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terus mencuri perhatian ramai apabila tampil semakin langsing, bertenaga dan kelihatan jauh lebih muda meskipun usianya kini mencecah 46 tahun.

Penampilan terbaharu pelantun lagu Purnama Merindu itu mencetuskan perbualan hangat di media sosial terutama apabila seorang peminat mendedahkan perubahan berat badan Tokti dilakukan secara semula jadi tanpa sebarang jalan pintas.

“Rahsia Siti Nurhaliza kembali kurus daripada 80 kilogram ke 62 kilogram, makan masa satu tahun. Bersenam, muay thai dan ambil Beaunest.

"Selain itu, makan nasi sekali sehari sahaja,” tulis seorang peminat di Twitter yang mengagumi kesungguhan penyanyi legenda itu.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram