
NIAT mahu mengenali seseorang melalui aplikasi janji temu berakhir dengan kekecewaan apabila rupa sebenar wanita itu jauh berbeza daripada yang dipaparkan dalam gambar.
Itu yang dikongsikan oleh pengguna Threads, Davidd.511 yang berasa tertipu apabila bertemu buat kali pertama dengan seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi Tinder.
Menurutnya, gambar profil wanita tersebut menampilkan wajah yang menawan, langsing dan sempurna.
BACA LAGI: Kanak-kanak membesar dalam keadaan serba kekurangan cenderung bawa 5 tabiat ini ke alam dewasa
Namun, ketika bertemu buat pertama kali, rupa fizikal individu berkenaan didakwa jauh berbeza daripada jangkaan.
"Saya hampir tidak cam. Gambar menunjukkan fizikal yang kurus, tetapi realitinya sangat berbeza," katanya.
Lebih mengecewakan, wanita itu turut meminta agar dia dibelanja makan di restoran mewah dan produk di kedai kecantikan.
"Dia nak pau aku ke tempat mewah dan Watson. Aku okay sebab aku yang ajak keluar. Tapi lepas itu aku pun minta tolong kawan pura-pura telefon macam ada kecemasan. Hantar dia pulang dan terus block nombor telefon,” tulisnya.
Beliau turut menegur kecenderungan sesetengah pengguna aplikasi janji temu yang menggunakan penapis wajah (filter) secara berlebihan sehingga menimbulkan salah tafsir.
“Tidak menjadi kesalahan untuk guna filter. Tetapi biarlah berpada. Bila perbezaan terlalu ketara, ia seperti memperdaya," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, luahan itu mendapat perhatian ramai, dengan pelbagai komen daripada pengguna lain yang turut berkongsi pengalaman serupa termasuk wanita yang mendakwa turut menjadi ‘mangsa’ gambar profil yang mengelirukan.
Seorang pengguna, Ciksheeraaa berkata, dia pernah berjumpa lelaki yang menggunakan gambar lama di profil.
“Wajah dalam gambar kelihatan menarik, tetapi itu rupanya gambar lama tujuh tahun lalu. Selepas pertemuan pertama, saya terus menghilangkan diri," katanya.
Sementara itu, pengguna lain, Lauv_cl juga mendedahkan bahawa lelaki yang dikenalinya melalui platform digital itu nampak tinggi dan bergaya dalam gambar, namun rupa sebenar tidak seperti disangka.
“Dalam gambar nampak segak dan tinggi. Tapi bila berjumpa, saya yang lebih tinggi daripadanya. Situasi jadi janggal sepanjang pertemuan," katanya.
Individu lain, Claudia.darien juga berkongsi kisah berjumpa lelaki yang nampak menarik dalam gambar.
"Sama juga saya. Lelaki yang saya jumpa tu dalam gambar muka menarik, tinggi tetapi sekali jumpa kerdil, kurus dan jalan pun senget," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram