[VIDEO] Mudah, jimat masa, 'pager' inovasi baharu lancarkan sesi bergambar keluarga pada majlis kahwin


  • Maya
  • Sabtu, 12 Jul 2025

Penggunaan alat kelui kini diperkenalkan oleh pengurus majlis perkahwinan Indonesia (kanan).

SESI bergambar pada majlis perkahwinan merupakan antara perkara wajib dilakukan oleh pengantin dan tetamu yang hadir.

Namun, ia sering kali menjadi satu cabaran terutama bagi para jurugambar dalam menyusun dan pengurusan giliran.

Situasi menjadi lebih mengelirukan apabila terdapat ahli keluarga atau tetamu penting sukar dikesan atau lambat untuk bergambar bersama pengantin.

BACA LAGI: [VIDEO] Lapik meja, alas kaki warna-warni cantuman kain perca hasil sentuhan suri rumah Kota Damansara

BACA LAGI: Jiwa 'nature' pengasas Kansha Life hasilkan 5 variasi minyak kelapa, lilin kitar semula

 

 

 

 

Justeru, seorang pengurus majlis daripada Indonesia, Pujangga Wedding Organizer memperkenalkan penggunaan peranti komunikasi asas tanpa wayar iaitu alat kelui atau pager yang memaparkan pesanan bertulis seperti fungsi mesej pada telefon pintar.

Pager juga biasanya digunakan di restoran atau kafe bertujuan melancarkan proses pelanggan mengambil pesanan mereka.

Menurut wakil Pujangga di akaun Threads @imranajmain, alat tersebut digunakan untuk memanggil ahli keluarga mengikut giliran bergambar tanpa perlu panggilan suara berulang kali atau menunggu lebih lama oleh petugas.

"Jadi, sebelum resepsi bermula, kita akan bagi sesuai dengan senarai nama, contohnya ahli keluarga pengantin.

"Kemudian, apabila pager berbunyi, mereka akan peka dengan giliran untuk bergambar.

"Ia sangat memudahkan untuk jurugambar dan ahli keluarga kalau mahu buat sesi bergambar," katanya.

Menurutnya, pembaharuan itu juga tidak mustahil dapat diperluaskan di negara lain seperti di Malaysia.

Inovasi tersebut pada masa samaa dilihat sebagai solusi moden yang praktikal dalam memastikan setiap detik penting agar majlis perkahwinan berjalan lancar.

"Sangat memudahkan, jimat masa, lancarkan majlis.

"Sesuai untuk majlis di dewan besar atau ruang yang ada lebih daripada satu kawasan," komen @theaulacyberjaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram