Sedia bakul khas, isteri pelakon Hollywood larang tetamu bawa telefon masuk rumah, takut ganggu privasi anak


  • Bonda
  • Khamis, 10 Jul 2025

Amal (kanan) dan suaminya (kiri) lebih mementingkan privasi keluarganya di luar atau dalam rumah.

PEGUAM hak asasi manusia dan aktivis, Amal Clooney mendedahkan larangan penggunaan telefon pintar terhadap mana-mana tetamu yang berkunjung ke rumahnya demi melindungi privasi anak-anaknya.

Amal, 47, isteri kepada pelakon terkenal, George Clooney serta ibu kepada sepasang kembar berusia lapan tahun, Ella dan Alexander kini menetap di kawasan pedalaman di England, United Kingdom (UK).

Memandangkan kerjayanya sering membabitkan klien berprofil tinggi serta status suaminya yang dikenali ramai, Amal menegaskan bahawa menjaga privasi keluarga adalah keutamaannya.

BACA LAGI: Sanggup simpan kek batik dalam tisu untuk adik, gugur air mata guru kongsi rezeki dengan anak murid

BACA LAGI: Dulu berhujah di mahkamah, kini bekas peguam jelita jalani hidup baharu buka salun kuku di AS

Lebih mengejutkan apabila Amal mendedahkan bahawa beliau mempunyai bakul khas untuk mengumpulkan semua telefon pintar tetamu yang hadir ke rumahnya.

"Saya ada satu bakul khas untuk isi telefon tetamu. Penting untuk wujudkan keseimbangan supaya kita ada masa bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa gangguan.

"Perbualan juga boleh berlaku secara jujur dan selamat," katanya.

Amal turut mengakui bahawa beliau menjadi lebih sensitif selepas bergelar ibu.

Amal sentiasa cuba meminimumkan sebarang aktiviti yang boleh memberi risiko bahaya kepada anak-anaknya.

"Kami tidak selalu dedah wajah mereka di media atau seumpamanya," jelasnya.

George Clooney bagaimanapun tidak menafikan bahawa sukar untuk menjaga privasi keluarga dengan statusnya sebagai selebriti.

"Ramai selebriti yang walaupun terkenal masih boleh hidup secara normal dan berjalan di jalanan tanpa diikut media.

"Tetapi, ia tidak berlaku pada kami. Jadi, kita perlu berusaha untuk sentiasa jaga hal peribadi dan melindungi gambar anak-anak," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram