Puteri sulung Sultan Terengganu tamat pengajian ijazah bidang tekstil, inspirasi anak muda perkasa warisan negara


  • Sukses
  • Sabtu, 12 Jul 2025

Tengku Nadhirah Zahrah (kiri) menamatkan pengajian Ijazah Sarjana manakala Tengku Puteri Jihan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni dalam bidang tekstil dari UCA. — Instagram/kesultanan.pahang

TENGKU Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berjaya menamatkan pengajian dalam bidang tekstil di University for the Creative Arts (UCA), United Kingdom (UK).

Menerusi hantaran di laman Instagram Kesultanan Pahang pada Jumaat, kejayaan anakanda sulung kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang yang begitu bernilai itu bukan sahaja membanggakan Paduka Baginda berdua, malah turut menjadi inspirasi kepada generasi muda, khususnya dalam mengangkat martabat seni dan warisan tekstil di peringkat antarabangsa.

Pada majlis sama, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat meraikan kejayaan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

BACA LAGI: Tengku Puteri Jihan cemerlang, peroleh Ijazah Kelas Pertama Sarjana Muda bidang tekstil, terus martabat identiti bangsa

BACA LAGI: Tengku Puteri Jihan angkat warisan tekstil Malaysia ke pentas antarabangsa, Jihans Studio sertai UCA Grad Show 2025

 

Keluarga diraja dari kedua-dua negeri itu berangkat ke majlis graduasi di UK bagi meraikan kejayaan dua puteri diraja berkenaan. — Instagram/kesultanan.pahang

Tengku Puteri Jihan berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang tekstil dari universiti sama.

Istana Pahang turut mendoakan agar puteri bongsu kepada Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tersebut terus melakar lebih banyak kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

"Diharapkan juga Tengku Puteri Jihan berupaya menyumbang ke arah pemerkasaan industri kreatif tanah air, khususnya dalam memperkasa warisan tekstil tempatan di persada antarabangsa," maklumnya.

Keluarga diraja dari kedua-dua negeri itu berangkat ke majlis graduasi di UK bagi meraikan kejayaan dua puteri diraja berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram