
NAMANYA menjadi sebutan ramai dan glamor di pentas hiburan tanah air, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 35, atau lebih dikenali sebagai Ramona Zamzam mengimbau kembali detik awal kemasukannya dalam industri satu ketika dahulu.
Kali pertama menjejak kaki dalam industri menerusi program realiti Dewi Remaja pada 2009, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu bagaimanapun berdepan detik sukar di awal pembabitannya.
Kurang keyakinan dan pengetahuan tentang tip kecantikan serta penjagaan kulit, Ramona merasakan dirinya paling kurang menyerlah berbanding peserta-peserta lain yang seangkatan dengannya ketika itu.
BACA LAGI: Rancang bawa anak bercuti ke Australia? Jom ikuti panduan, tip mudah mohon visa pelancong
BACA LAGI: Awas bahan pencuci 'xenoestrogen', risiko si kecil akil baligh awal dari usia sepatutnya — Kajian
Salah satu faktor terbesar adalah masalah kulit dihadapinya yang membuatkan Ramona terasa asing berbanding rakan-rakan seusianya dalam program pencarian bakat televisyen tersebut.
"When i first started my acting and modeling journey, there was so much regarding beauty regime that I didn't know.
"Contohnya kena double cleanse kalau guna makeup, avoid oily food for better skin condition, nak buat apa untuk dapat kulit cantik dan sebagainya," katanya menerusi hantaran di Threads.
Tambahnya, situasi lebih keruh apabila tiada seorang pun ahli keluarganya terlibat dalam industri hiburan, menjadikan proses menyesuaikan diri lebih mencabar.
"My parents were supportive, tapi banyak juga little things yang diorang pun taktau macam mana nak tolong.
"Im not blaming them, zaman tu belum ada social media, google dan youtube pun tak terkenal lagi, we were depending only on newspapers and magazines," jelasnya.
Dewi Remaja 2009/2010: Batch paling 'meletup'
Ketika menyertai program realiti Dewi Remaja pada 2009/2010, Ramona mengakui dirinya berada dalam kelompok peserta yang paling kurang menyerlah.
"My batch was the hottest, literally semua dewi masa tu paling cantik dan hot and my batch juga yang paling ramai meletup macam goreng pisang sampai lah sekarang ya hahah," ujarnya.
Namun, di sebalik kehangatan program yang berlangsung pada edisi tersebut, Ramona menyimpan satu rahsia peribadi iaitu masalah kulit wajah yang teruk hingga menggugat keyakinan dirinya.
Masalah kulit dan krisis keyakinan
Mengimbau kembali detik kali pertama berkunjung ke klinik kulit, Ramona hanya mampu menangis akibat terlampau terkejut dengan kos rawatan yang terlalu tinggi.
"I remembered going to skin clinic for the first time pastu balik nangis sebab tekejut kena bayar mahal, time tu budak universiti lagi mana ada duit.
"Pernah juga marah dengan tuhan masa tu, wondering and questioning WHY ME? kenapa bagi saya kulit yang teruk tapi yang lain semua smooth skin, takde masalah.
"All the other young actresses masa tu semua skin cantik-cantik takde problem langsung, being a 19 years old girl, sangat lah terasa bila tengok ada bintik-bintik white heads, pimples all over my face," luahnya.
Akui dirinya bagai sudah putus harap terhadap industri hiburan ketika itu, Ramona walau bagaimanapun berjaya membuktikan rupa bukan segala-galanya.
Biarpun tidak bergelar juara, Ramona kekal relevan dalam industri selepas menerima banyak tawaran berlakon selain kerap menghiasi muka hadapan majalah hiburan tempatan.
Sekadar info, Ramona mengakhiri zaman bujangnya sejak 1 Mei 2015 apabila selamat diijabkabulkan bersama suami tercinta, Rami Alashkar, seorang usahawan dari Palestin.
Hasil perkahwinan itu, pasangan dua sejoli tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivanna Alashkar yang kini berusia enam tahun.
Walaupun suaminya kurang aktif di media sosial, kehadiran Rami sentiasa memberi sokongan dan ketenangan buat Ramona, yang bijak membahagikan masa antara penggambaran dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram