Fesyen elegan, klasik Putera Mateen dan Dayang Anisha serlah aura diraja di Royal Ascot 2025


  • Gaya
  • Khamis, 26 Jun 2025

Fesyen Putera Mateen (kanan) dan isteriny, Dayang Anisha (kiri) pada acara Royal Ascot 2025 di England, UK baru-baru ini mencuri tumpuan ramai. — Instagram/Putera Mateen

PASANGAN sejoli Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah Adam sekali lagi mencuri perhatian ramai ketika menghadiri acara Royal Ascot 2025 di Ascot, England, United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Berdasarkan hantaran dikongsikan Putera Mateen di Instagramnya, pasangan diraja Brunei itu tampil dengan gaya yang elegan dan anggun.

Tidak lari daripada tema diraja yang sememangnya sinonim dengan acara-acara sosial berkelas tinggi, pasangan sama cantik sama padan itu dilihat mempamerkan gaya klasik Inggeris.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Cinta antara benua', renyah jual nasi lemak, roti popular Hungary 'ikut tekak' orang kampung akhirnya buka pintu rezeki di Perak

BACA LAGI: [VIDEO] Bangkit lepas koma 5 bulan, pengusaha sambal Dapur Pak Amir mula bermodal pertama RM500 gigih ubah nasib keluarga

Pasangan yang sentiasa menampilkan fesyen mewah dan klasik. — Instagram/Putera Mateen

Masakan tidak, jaket labuh berpotongan oval di belakang badan dan dipadankan dengan seluar kelabu berjalur hitam, vest, tali leher biru bermotif, kemeja serta sapu tangan satin krim di dalam poket jaket hitamnya cukup menyerlahkan gaya maskulin dalam dirinya.

Tidak ketinggalan, Dayang Anisha memukau orang ramai apabila tampil dengan busana klasik, blazer putih dilengkapi tali pinggang hitam dan topi.

Putera Mateen dan Anisha sebelum ini juga sering menampilkan elemen-elemen mewah dan tradisional. 

Untuk rekod, Putera Mateen dan Dayang Anisha disatukan pada 11 Januari lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram