Angkasawan India pertama titip nota jentik emosi buat isteri sebelum berlepas ke ISS


  • Cinta
  • Rabu, 25 Jun 2025

Detik-detik perpisahan Shubhanshu (kanan) dan isterinya (kiri) sebelum berlepas ke ISS pada Rabu. — Agensi

KAPTEN Pasukan Tentera Udara India, Shubhanshu Shukla melakar sejarah apabila menjadi angkasawan India pertama yang akan melawat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi Misi Axiom-4 pada Rabu.

Di sebalik simbol keberanian dan kebanggaan itu, Shubhanshu menjentik hati ramai dengan titipan nota daripadanya buat isteri tersayang, Kamna.

"Ketika kami merancang untuk meninggalkan planet ini pada awal pagi Rabu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam memberi sokongan dan kasih sayang mereka.

"Terima kasih terutama kepada Kamna kerana menjadi pasangan yang hebat. Tanpa anda semua ini tidak mungkin berlaku," tulisnya di Instagram baru-baru ini.

BACA LAGI: Lebih 65,000 kes keganasan rumah tangga di UK, rekod tertinggi dalam sejarah Woman's Aid pada 2024

BACA LAGI: [VIDEO] Bangkit lepas koma 5 bulan, pengusaha sambal Dapur Pak Amir mula bermodal pertama RM500 gigih ubah nasib keluarga

Lebih mengharukan apabila melihat gambar memaparkan detik perpisahan antara pasangan itu melalui dinding kaca.

Berdasarkan laporan agensi, Shubhanshu bertemu isterinya Kamna di sekolah rendah di Lucknow.

Pasangan itu berkongsi kisah cinta unik yang bermula sejak zaman sekolah rendah mereka di Lucknow, India.

"Kami belajar bersama sejak darjah tiga. Kami berkawan baik. Saya mengenalinya sebagai lelaki pemalu di dalam kelas kami.

"Tetapi, kini memberi inspirasi kepada ramai orang," kata Kamna.

Pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki berusia enam tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram