
KOS menganjurkan majlis perkahwinan di Malaysia kini dilihat semakin meningkat apabila perluasan skop Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak lapan peratus dilaksanakan bermula 1 Julai ini.
Ia secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pasangan muda yang merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Hal ini kerana, perluasan skop SST tersebut melibatkan penyewaan baju kahwin pengantin, peralatan makanan dan minuman, dewan majlis, alatan audio visual, mesin karaoke, kereta dan seangkatan dengannya.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Bantal busuk' jadi ilham pasangan usahawan bina empayar Leyna, bantu ekonomi komuniti
BACA LAGI: Anak bukan rebutan emosi, teliti undang-undang sebelum ambil hak penjagaan lepas bercerai
Sewaan dewan atau kelengkapan majlis perkahwinan daripada pengusaha kecil dikatakan lebih menjimatkan kerana tidak dikenakan SST lapan peratus. — Gambar hiasan
Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dan meneliti semula perkara tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.
Mengulas lanjut, seorang pengguna akaun Facebook Syahir, sangat rendah kebarangkalian untuk perbelanjaan majlis perkahwinan yang kecil iaitu tidak lebih RM10,000 dikenakan SST.
Menurutnya, hanya penyedia perkhidmatan yang mencatatkan nilai jualan melebihi RM500,000 setahun dan berdaftar dengan pihak Kastam Diraja Malaysia diwajibkan mengenakan SST 8 peratus kepada pelanggan mereka.
"Kalau bajet kahwin RM10,000 dan tidak lebih daripada itu, sewa dewan serba guna sekolah atau pihak berkuasa tempatan (PBT), pasang khemah depan rumah, rewang tak dikenakan SST.
"Sewa baju pengantin daripada pengusaha kecil-kecilan juga tak kena SST 8 peratus.
"Upah tukang tangkap gambar dan video yang berpatutan atau jurusolek yang tidak mahal turut tidak dikenakan SST sebanyak 8 peratus," tulisnya.
Sebaliknya, SST hanya terpakai bagi penyedia perkhidmatan berskala besar seperti hotel mewah, butik pengantin berjenama dan terkenal atau syarikat videografi profesional yang menjana pendapatan tinggi setiap tahun.
Katanya, sistem SST ditambahbaik supaya menjadi lebih progresif seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana lebih banyak kos perbelanjaan dikeluarkan untuk majlis perkahwinan, lebih tinggi cukai dikenakan.
Pengguna tersebut pada masa sama menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan kandungan media sosial yang menimbulkan panik atau salah faham berkaitan perkara berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram