Lahirkan 'Legacy of The Walking Quran', ibu 10 anak sanggup berkorban keluar duit poket tampung kos lebih RM1 juta tubuh SMIIP Saujana Utama


  • Bisnes
  • Jumaat, 20 Jun 2025

Setiap pelajar dididik berlandaskan al-Quran di SMIIP Saujana Utama, Selangor. — Facebook/SMIIP

INSTITUSI pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri generasi Muslim yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Ia juga menjadi asas kepada pembinaan tamadun yang seimbang secara menyeluruh daripada sudut rohani dan intelektual.

Mempunyai matlamat sama, pendekatan itu juga diaplikasikan di Sekolah Menengah Islam Integrasi Pintar (SMIIP) Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak petani berani keluar kepompong, kini jadi YouTuber masakan terkenal seluruh dunia

BACA LAGI: [VIDEO] Bangkit lepas koma 5 bulan, pengusaha sambal Dapur Pak Amir mula bermodal pertama RM500 gigih ubah nasib keluarga

Rahayu Norbir (kiri) merupakan Pengerusi SMIIP Saujana Utama.

Namun, di sebalik kejayaan sebuah institusi moden dan progresif, berdirinya seorang wanita yang menggalas tanggungjawab besar sebagai perintis sistem pendidikan berasaskan al-Quran.

Dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan ibu kepada 10 cahaya mata, Rahayu Norbir berkhidmat sebagai pengerusi sekolah tersebut.

"Matlamatnya adalah untuk lahirkan anak-anak yang bukan hanya menghafal, tetapi juga memahami dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.

"Kami mahu mereka menjadi Legacy of The Walking Quran," katanya kepada Majoriti.

Dari korporat ke dunia pendidikan

Bercerita serba sedikit tentang perjalanan beliau, Rahayu mula menceburkan diri dalam dunia pendidikan bermula sekitar 2012 ketika masih bekerja dalam bidang teknologi maklumat di sebuah syarikat takaful.

Ketika itu, wanita berusia 53 tahun itu berdepan cabaran menghantar anak-anak ke sekolah di Bukit Jelutong yang jauhnya 17 kilometer (km) dari kediaman mereka di Saujana Utama.

Pencapaian akademik diutamakan seiring dengan pendidikan Islam. — Facebook/SMIIP

"Sejak daripada itu, saya sebagai ibu nampak kepayahan nak hantar anak ke sekolah.

"Pada awalnya, saya ada tubuhkan sekolah rendah, tetapi kami nampak keperluan sekolah menengah untuk perkembangan anak-anak.

"Dan pelajar-pelajar ini kita nak pastikan ada ilmu al-Quran dalam diri mereka sebagai petunjuk.

"Ini sekali gus menyebabkan saya bersungguh-sungguh untuk membantu ibu bapa dan anak-anak mereka," jelasnya.

Modal, pengurusan dan kesabaran

Lumrah perniagaan, pastinya bukan mudah. 

Menurut Rahayu, menubuhkan sebuah institusi memerlukan modal permulaan yang tinggi iaitu sekitar RM1 juta.

"Tak dinafikan cabaran kewangan memang ada. Jumlah modal yang diperlukan sangat tinggi, tetapi kami hanya mampu mulakan dengan modal sebanyak RM50 hingga RM100,000 dahulu.

Bukan itu sahaja, menguruskan sebuah institusi juga sangat mencabar ditambah dengan perbezaan pendapat antara saya dan rakan seperjuangan.

"Daripada sudut ibu bapa pula, ada yang lambat bayar atau tidak bayar langsung.

"Sebab kita memerlukan wang untuk memastikan kelangsungan dan kesejahteraan dalam sekolah.

"Lebih mencabar lagi apabila sekolah ini adalah milik persendiriran dan banyak wang dikeluarkan daripada poket sendiri," ujarnya.

Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti lain seperti sukan. — Facebook/SMIIP

Situasi itu juga membuatkannya terfikir untuk menubuhkan perniagaan lain sebelum menyedari kepentingan doa daripada para pelajarnya.

"Saya ada pergi kursus dan tanya kepada seorang penceramah kalau boleh buat perniagaan lain selain sekolah.

"Penceramah itu kata, apa yang kita nak di dunia antaranya adalah doa anak-anak soleh.

"Bukan itu sahaja, kita juga nak satu legasi yang berikan hasil apabila kita sudah tinglkannya," ujarnya.

Katanya, SMIIP itu juga tidak mensasarkan kepada pelajar cemerlang sahaja.

Mereka turut membuka peluang kepada pelajar yang mungkin kurang menyerlah dalam akademik, tetapi mempunyai semangat dan sikap positif terhadap perubahan.

Katanya, misi utamanya bukan sekadar melihat para pelajarnya cemerlang dalam akademik atau mendapat semua subjek A.

"Kami tunjukkan bahawa mereka perlu seimbang, ada yang berjaya hafal 30 juzuk al-Quran sampai peringkat kebangsaan.

"Pelajar juga dilibatkan dengan ilmu sains, robotik dan sukan seperti bola sepak, catur dan banyak lagi," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram