[VIDEO] Buat 200 tekan tubi, 100 'sit up' rahsia nenek 92 tahun kekal cergas


  • Maya
  • Rabu, 18 Jun 2025

Li menunjukkan pergerakannya yang lincah ketika melakukan senaman di rumah.

SEORANG wanita warga emas berusia 92 tahun di China meraih perharian ramai selepas mendedahkan rahsianya sentiasa kekal cergas dan sihat.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Li berasal dari Hunan, China itu memukau warga maya dengan kebolehannya melakukan senaman sebanyak 200 kali tekan tubi dan 100 bangkit tubi setiap hari.

"Mungkin pergerakan saya dalam melakukan tekan tubi tidak mengikut standard, tetapi saya tetap melakukannya sebanyak 200 kali setiap hari," katanya.

BACA LAGI: 'Boleh membusuk, jangkitan kuman', wanita dedah trauma sisa uri tertinggal dalam badan lepas bersalin

BACA LAGI: Ibu hamil jangan berpanas bawah matahari terik, kesan gelombang haba berisiko kelahiran pramatan

Katanya lagi, Li memilih untuk bersenam dalam rumah kerana cuaca yang kerap hujan dan tidak selesa untuknya menyertai sebarang aktiviti di luar.

Li juga mahir memutar gelung hula dan mendedahkan bahawa merendam kakinya di dalam air panas setiap petang.

"Saya pernah mengalami kejang di kaki, tetapi selepas mula rendam dalam air, ia tidak berlaku lagi.

"Rambut saya juga bertukar hitam sedikit baru-baru ini," jelasnya.

Menurut Li, senaman menjadi rutin harian yang wajib dilakukannya setiap hari sejak usia muda.

Selepas menamatkan pengajian dari kolej di Changsha di Hunan pada 1959, Li bekerja selama beberapa dekad sebagai guru tadika.

"Saya suka melakukan pelbagai jenis pergerakan yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak," tambahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram