Sambut sendiri cahaya mata ke-4, Fizo sifatkan isteri 'wanita hebat', hargai pengorbanan walau sibuk sambung Master


  • Bonda
  • Khamis, 19 Jun 2025

Fizo Omar dan isterinya, Fazeera selamat menimang cahaya mata lelaki seberat 3.52kg pada Rabu.

PELAKON popular, Fizo Omar berkongsi pengalaman penuh emosi ketika isterinya, Fazeera Nazri, selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka pada Rabu.

Berpeluang menyambut sendiri kelahiran bayi lelakinya itu, Fizo menganggap ia sebagai pengalaman paling berharga dilalui sepanjang bergelar bapa.

Jelasnya, proses kelahiran itu dipermudahkan dan berjalan dengan cukup lancar dengan bayinya juga dalam keadaan sihat dengan berat 3.52 kilogram (kg).

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Hidup ini keras’, pelakon wanita popular kini tukang gunting rambut, bancuh simen

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak sayang badan ke?', isteri Fizo Omar mohon jaga sensitiviti wanita, syukur suami beri sokongan

"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52kg.

"Satu moment sangat berharga buat saya sebagai ayah, apabila sekali lagi diberi peluang oleh Dr. Kam untuk menyambut kelahiran dengan menarik sendiri bayi keluar daripada alam rahim ibunya.

"Satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Merakamkan penghargaan penuh buat isteri tercinta, Fizo amat mengagumi segala pengorbanan Fazeera yang cekal menjaga anak-anaknya walaupun dalam keadaan sarat mengandung.

Menggelar suri hatinya sebagai wanita hebat, bintang filem Kongsi (2011) itu seakan tidak percaya segala proses kehamilan tersebut dilalui ketika isterinya sedang sibuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana.

"Kredit tu wanita hebat, my lovely wife yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Master di UKM.

"Semoga doa berterusan dari semua, memberi keberkatan di dalam rumah tangga kami dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah," tambahnya.

Fizo Omar dan isteri sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Terdahulu, Fazeera meluahkan isi hatinya apabila kerap diajukan soalan sensitif warga maya tentang kehamilannya yang dikatakan terlalu rapat.

Kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak menjaga sensitiviti golongan wanita, bekas pramugari itu tegas menyatakan dirinya dalam keadaan baik di samping sokongan kuat daripada suaminya.

Sekadar info, pasangan dua sejoli itu mula mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan kini memiliki tiga cahaya mata dan hasil perkahwinan terdahulu bersama Mawar Karim, Fizo sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram