
Tak sayang PELAKON Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai kini menghitung hari bahagia apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata tidak lama lagi.
Biarpun sudah memiliki dua anak iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2, pasangan sama cantik sama padan itu menganggap ia sebagai rezeki tidak ternilai sebaik disahkan hamil pada Februari lalu.
Pun begitu, Fazeera tidak terlepas daripada diajukan soalan sensitif warga maya tentang kehamilannya dikatakan terlalu rapat.
BACA LAGI: Diberi penghormatan kedutaan UAE, gadis Nepal diiktiraf miliki tulisan tangan tercantik dunia
BACA LAGI: Saksi pelancaran LIMA 25 dari udara, Ahirine kongsi pengalaman selaku media rasmi TLDM
Kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak menjaga sensitiviti golongan wanita, bekas pramugari itu tegas menyatakan dirinya dalam keadaan baik di samping sokongan kuat daripada suaminya.
"Saya tidak rasa mengandung itu memberikan beban dan keletihan melampau serta membuatkan rasa putus asa.
"Cuma saya ingin mengetengahkan satu perkara, semua orang diberi kebebasan untuk bersuara di laman sosial, memberi pendapat atau bertanya sesuatu yang ingin diketahui.
"Apabila sudah terlalu diberikan kebebasan untuk bersuara dan melontarkan kata-kata, bertanya soalan tolong jaga sensitiviti orang lain," katanya menerusi hantaran di TikTok.
Akui dirinya kerap dikaitkan dengan isu kesihatan mental dan fizikal kerana kerap hamil, Fazeera memohon agar soalan itu tidak dijadikan kebiasaan dalam kalangan wanita.
Jelasnya, ia boleh mencetuskan kebimbangan pada pihak yang mungkin terkesan atau tertekan dengan situasi sebaliknya.
"Saya selalu dihujani komen seperti 'tidak letihkah mengandung?', 'tak sayang badan ke?', 'suami tak jaga ke, biar beranak rapat-rapat?' atau 'suami tak kisah dengan kesihatan mental awak?'.
"Saya kecewa hingga saya tidak dapat menjawab soalan-soalan itu, namun bayangkan jika ia ditanya kepada seseorang yang mentalnya tidak kuat? Apa jadi kepada mereka?
"Mungkin boleh jadi murung, resah, stres, terlalu banyak berfikir, terutama ibu-ibu yang sedang mengandung," ujarnya.
Menganggap tindakan itu sebagai tidak menghormati keputusan dan privasi keluarganya, pensyarah universiti swasta
tersebut menitip rasa syukur kerana tidak keseorangan dalam melalui detik kehamilan yang mencabar.
"Untuk menjawab soalan Wendy, ya, saya tidak rasa letih kerana saya ada sokongan emosi yang kuat daripada orang sekeliling saya, Alhamdulillah.
"Anak-anak adalah kurniaan yang terlalu berharga," kongsinya.
Sekadar info, Fizo dan Fazeera mula mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan kini memiliki tiga cahaya mata.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama Mawar Karim, pelakon filem Kongsi (2011) berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram