Angkara 'kisah lama' Ahmad Dhani, media sosial anak Mulan Jameela 'diserang' selepas majlis kahwin Al Ghazali


  • Hiburan
  • Khamis, 19 Jun 2025

Shafeea (kiri) dikecam netizen usai memuat naik hantaran kontroversi di laman Instagram peribadinya.

MAJLIS perkahwinan anak kepada maestro muzik popular Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali dan Alyssa Daguise baru-baru ini hangat diperkatakan warga maya.

Diraikan dalam sebuah majlis serba mewah dan meriah di Jakarta, kehadiran Ahmad Dhani dan bekas isterinya, Maia Estianty membuktikan hubungan mereka masih utuh walaupun dilanda keretakan keluarga.

Namun, adik bongsu Al Ghazali iaitu Shafeea Ahmad, menjadi sasaran kecaman netizen selepas memuat naik petikan Surah Al-Hujurat ayat 12, yang memberi peringatan supaya menjaga lidah dan hati. 

BACA LAGI: ‘Jangan jadi ayah banyak membeli tak sempat menemani’, ALLAH ajar Saharul Ridzwan erti cinta menerusi Khadijah Alkubraa

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Hidup ini keras’, pelakon wanita popular kini tukang gunting rambut, bancuh simen

Hantaran Instagram itu dipercayai sebagai reaksi dan tindak balas terhadap segelintir pihak yang menyindir ibunya, Mulan Jameela serta latar belakang keluarganya.

Susulan itu,kecaman demi kecaman mula dilontarkan terhadap Shafeea termasuk gelaran seperti 'anak gundik' dan tuduhan terhadap ibunya yang dikatakan merampas suami orang.

Namun, ramai juga tampil mempertahankan Shafeea, mengatakan dia masih kanak-kanak dan tidak wajar menjadi mangsa atas kesilapan masa lalu ibu bapanya.

"Dia masih kecil, tak patut dihukum atas kisah silam orang tua," kata @elenarenoa.

Pertemuan antara Ahmad Dhani (dua dari kiri) dan Maia Estianty (kanan) di majlis perkahwinan anaknya, Al Ghazali pada Isnin.

 

Kisah cinta tiga segi

Kisah antara Maia Estianty, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela sebenarnya bermula sejak awal 2000-an. 

Maia dan Mulan pernah bergandingan dalam kumpulan duo penyanyi wanita popular Indonesia iaitu Ratu. 

Kejayaan ditempa dalam industri muzik Indonesia membuatkan hubungan mereka sangat akrab persis adik-beradik kandung walaupun berlainan ibu bapa.

Namun, hubungan mereka retak apabila timbul khabar angin mengatakan Mulan menjalinkan hubungan sulit dengan Ahmad Dhani yang ketika itu merupakan suami kepada Maia. 

Akhirnya, Maia dan Ahmad Dhani bercerai pada 2008, dan tidak lama kemudian, Mulan dikatakan mendirikan rumah tangga secara sembunyi dengan Ahmad Dhani.

Sejak itu, Mulan sering dicop sebagai 'perampas' oleh masyarakat dan sehingga kini, tohmahan itu kekal dilemparkan terhadapnya biarpun sudah lama berlalu.

Peristiwa tersebut meninggalkan kesan parut pada industri hiburan Indonesia selain turut memberi kesan kepada anak-anak mereka, termasuk Al Ghazali, El Rumi, Dul Jaelani serta Shafeea.

Momen janggal di majlis kahwin Al Ghazali

Dalam majlis perkahwinan Al Ghazali yang berlangsung pada Isnin lalu, tumpuan peminat terarah kepada situasi janggal yang berlaku antara kedua-dua individu tersebut.

Biarpun dilihat hadir bersama pasangan masing-masing, warga maya kembali mengungkit semula kisah cinta 'tiga segi' melanda mereka satu ketika dahulu yang masih menjadi perdebatan hingga ke hari ini.

Namun, tiada sebarang kenyataan ataupun pencerahan dibuat Maia mahupun Mulan berhubung hal tersebut setakat ini dengan Ahmad Dhani kelihatan tenang melayan kedua-duanya pada hari bahagia anaknya itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram