
PNEUMONIA ataupun radang paru-paru kedengaran seperti sejenis penyakit kritikal yang boleh membawa maut.
Tidak dinafikan ia boleh memberikan implikasi besar terhadap seseorang dan kanak-kanak usia bawah lima tahun merupakan antara yang berisiko tinggi dengan kadar jangkitan antara 28 hingga 39 peratus.
Merupakan sejenis jangkitan paru-paru yang berpunca daripada virus dan bakteria, ia berlaku apabila kantung udara kecil dalam paru-paru yang dikenali sebagai alveoli, dipenuhi cecair dan nanah akibat keradangan.
BACA LAGI: Mengandung luar rahim kali ke-2, Sari Yanti tabah, rayu doa pembedahan jalan lancar
Namun, gejala pada kanak-kanak boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan simptom antaranya demam ringan, batuk, muntah serta kesukaran bernafas.
Adakah si kecil perlu diberikan rawatan serius di hospital?
Keputusan untuk menerima rawatan di hospital bergantung kepada tahap kritikal pesakit dan berikut merupakan antara faktor yang mendorong individu ditahan di wad kecemasan:
- Pernafasan laju.
- Dehidrasi
- Muntah berterusan.
- Kehadiran penyakit lain seperti asma, anemia atau imunodefisiensi.
- Komplikasi yang mengancam nyawa.
Kaedah rawatan
Kaedah dan jenis rawatan bergantung kepada punca jangkitan dan simptom dihadapi sebagai contoh:
- Cecair oral atau intravena untuk rehidrasi.
- Ubat antipiretik seperti parasetamol bagi mengurangkan demam.
- Oksigen tambahan untuk membantu pernafasan.
- Antibiotik jika dijangkiti bakteria.
Risiko dan komplikasi
Sesetengah kanak-kanak terutamanya yang mempunyai sistem imun lemah atau lewat mendapatkan rawatan berisiko mengalami komplikasi serius seperti:
Efusi pleura: Pengumpulan cecair di antara paru-paru dan dada
Empyema: Nanah dalam rongga paru-paru
Pneumonia necrotising: Kerosakan tisu paru-paru
Sepsis: Jangkitan serius yang merebak dan boleh merosakkan organ
Langkah pencegahan
Pelbagai kaedah dan langkah pencegahan boleh dilakukan bagi mengelak daripada sebarang komplikasi dan kemasukan ke hospital.
- Memastikan vaksinasi anak lengkap, termasuk suntikan pneumokokus, Hib dan pertusis di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
- Mendapatkan vaksin influenza secara tahunan.
- Mengamalkan amalan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan.
- Elak bersentuhan ataupun rapat dengan individu tidak sihat.
Justeru, ibu bapa khususnya digalakkan berbincang dengan doktor untuk memahami keadaan anak dan kaedah rawatan yang diberikan.
Merupakan penyakit serius yang memerlukan perhatian segera terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, pneumonia mampu dirawat melalui langkah pencegahan awal seperti imunisasi yang mampu mengurangkan kadar jangkitan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram