
AKSI romantik seperti meletakkan kepala pada dada pasangan mungkin kelihatan seperti adegan drama daripada Korea Selatan, namun ia sebenarnya mempunyai manfaat kesihatan mental yang terbukti secara saintifik.
Perkara itu dikongsikan seorang ahli farmasi yang juga usahawan, menerusi akaun TikTok miliknya, @abangsyahismail.
Menurut beliau, tindakan meletakkan kepala pada dada pasangan terutamanya suami, bukan sekadar momen manja, tetapi merupakan bentuk terapi semula jadi untuk mengurangkan kebimbangan atau kegelisahan.
“Ini bukan drama Korea tau, ini terapi anxiety sebenar. Degupan jantung pasangan yang dirasai secara dekat memberi kesan positif kepada sistem saraf,” katanya.
BACA LAGI: Dari Palembang ke pentas dunia, Dian Pelangi angkat fesyen Muslimah ke tahap global
BACA LAGI: Dari Palembang ke pentas dunia, Dian Pelangi angkat fesyen Muslimah ke tahap global
Kajian sains turut menunjukkan bahawa sentuhan fizikal dan pendengaran ritma jantung insan tersayang dapat memberi rasa tenang, selamat dan membantu menstabilkan emosi.
Ia sekali gus meredakan gejala kebimbangan, terutama dalam kalangan wanita yang berdepan tekanan harian atau gangguan keresahan ringan.
“Apabila letak kepala atas dada, kita dengar degupan jantung. Ia membantu otak rasa selamat dan stabilkan emosi,” jelas beliau lagi.
Fenomena itu juga dikenali sebagai co-regulation, iaitu proses dua individu membantu menstabilkan emosi masing-masing melalui sentuhan dan kehadiran fizikal.
Pemilik akaun TikTok abangsyahismail berkongsi tentang kelebihan meletakkan kepala di dada pasangan.
Rata-rata warga maya yang menonton video berkenaan meluahkan keterujaan dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Malah ramai berkongsi pengalaman tertidur di dada pasangan mereka secara tidak sedar dan merasakan ketenangan luar biasa.
"Seriuslah? Saya sebelum kahwin memang ada anxiety teruk tapi lepas kawin ini kurang sangat, pelik kenapa. Okey dah tahu," tulis Pringles.
"Malam buta menangis seorang sebab rindu arwah papa, suami datang peluk terlelap di dada dia, okey tenang boleh sambung tidur," luah pengguna TikTok dengan nama akaun ayangg. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram