Graduan tertua dalam sejarah, wanita usia 88 tahun akhirnya genggam ijazah lepas 2 dekad tertangguh kerana hamil 


  • Sukses
  • Ahad, 08 Jun 2025

Joan Alexander bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pendidikan selepas lebih dua dekad tertangguh. — Agensi

LEBIH enam dekad 'terhalang' dek kerana kehamilan anak pertama, seorang wanita berusia 88 tahun akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pendidikan University of Maine, Amerika Syarikat (AS).

Merupakan anak jati Rockland, AS, Joan Alexander kini memegang status sebagai graduan tertua dalam sejarah 160 tahun di universiti berkenaan.

Mula melanjutkan pelajaran sekitar 1955, Joan sepatutnya lebih awal bergelar graduan pada 1959 namun, tertangguh selepas disahkan hamil menjelang akhir semester pengajiannya.

BACA LAGI: Pembuluh darah kepala pecah, suri rumah stres 24 jam jaga anak kini berjuang nyawa di ICU

BACA LAGI: Chef Wan masih pegang 20 peratus saham syarikat Metta, nafi restoran diambil sepenuhnya pelabur

Difahamkan, situasi tersebut menyebabkan dia tidak dibenarkan untuk menamatkan tempoh latihan mengajar yang menjadi salah satu daripada syarat sah program pengajiannya ketika itu.

Joan bersama skrol ijazah diterimanya baru-baru ini. — Agensi

 

Bagaikan tiada noktah, situasi itu akhirnya berlanjutan lebih 66 tahun kemudian yang menyaksikan Joan sudahpun bergelar nenek kepada seorang cucu perempuan.

Berkat kesabaran dan tidak kenal erti putus asa untuk mendapatkan skrol ijazah, impian itu akhirnya berjaya direalisasikan oleh anaknya, Tracy yang tampil bertanya pihak universiti berhubung hal berkenaan baru-baru ini.

Pernah menabur bakti sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah, hal itu sekali gus memenuri kriteria wajib yang melayakkan Joan menerima ijazah pengajiannya yang sudah tertangguh sekian lama.

Sekitar Mei lalu, Joan secara rasminya menghadiri satu majlis penyerahan skrol secara tertutup dan kini bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pendidikan di universiti terbabit.

"Ini adalah satu perkara besar yang berlaku dalam hidup saya.

"Apa yang berlaku diharapkan menjadi galakan untuk orang lain sentiasa berusaha dan jangan berputus asa, teruskan usaha," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram