Chef Wan masih pegang 20 peratus saham syarikat Metta, nafi restoran diambil sepenuhnya pelabur


  • Maya
  • Jumaat, 06 Jun 2025

Cef Wan tegas menyatakan dia masih memegang saham dan peranan besar dalam rangkaian jenama restoran De. Wan 1958 miliknya.

SYARIKAT Metta Food & Lifestyle Sdn. Bhd yang mengendalikan rangkaian restoran di bawah jenama De. Wan 1958 kini diambil alih Oasis Harvest Corp Bhd dengan pemegang saham sebanyak 45 peratus.

Pengambilalihan itu bertujuan memperkukuh kehadiran Oasis dalam sektor makanan dan minuman (F&B) di Malaysia dengan pertimbangan tunai sebanyak RM30.8 juta menerusi jenama sajian dimiliki cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan tersebut.

Pun begitu, segelintir masyarakat khususnya pelanggan setia restoran itu sedikit kecewa usai dikhabarkan berita tersebut ekoran isu salah faham yang berlaku antara warga maya baru-baru ini.

BACA LAGI: Kakak Anzalna, Diana Nasir, kongsi rezeki buat 'give away' barang bayi kepada ibu bapa memerlukan

BACA LAGI: [VIDEO] Bella Astillah pamer tarian etnik Sabah, Sarawak, gerak lenggok Syed Saddiq mencuit hati

Mendakwa Chef Wan kini bukan lagi pemegang saham dan pemilik rasmi rangkaian restoran tersebut, rata-ratanya menganggap beliau sudah dimanipulasi oleh golongan yang mahu mengambil alih syarikatnya sekali gus menggadaikan segala titik peluh dicurahkan terhadap resipi masakan bertaraf lima bintang tersebut.

Restoran De. Wan 1958 menyajikan pebagai resipi istimewa hidangan masakan melayu oleh Cef Wan.

Tampil mengulas perkara itu, Chef Wan menafikan perkara terbabit dan menegaskan dia masih memegang saham dalam rangkaian jenama restoran berkenaan.

Jelasnya, dia masih mengekalkan sebanyak 20 peratus ekuitinya dalam perniagaan melalui Metta selain terus bertanggungjawab dalam soal pengurusan resipi hidangan menu di De. Wan 1958.

Di luar pegangan ekuiti, Chef Wan juga menerima sebanyak lima peratus daripada hasil keuntungan kasar bulanan bagi memanfaatkan jenama serta empayar masakan yang telah dibina selama 37 tahun dalam industri.

 

 

Mengkritik sekeras-kerasnya individu yang menyebarkan maklumat palsu berkaitan pemilikan saham syarikat tersebut, Chef Wan menolak isu perkauman seperti diperkatakan segelintir warga maya di laman sosial.

"Saya masih mempunyai hak untuk bersuara dalam syarikat dan menguruskan resipi, dapur dan chef saya.

"Saya jelaskan di sini selain ekuiti 20 peratus, saya juga mengambil 5 peratus hasil kasar setiap bulan untuk perbelanjaan sara hidup saya.

"Apabila saya membaca sebahagian daripada mereka yang kurang cerdik komen konon perniagaan saya bukan milik saya sahaja, pelabur Cina dan ada juga yang mencadangkan untuk memboikot perniagaan saya atau menabur fitnah, please beware of what is written as we can sue some of you for fitnah dan keluarkan cerita yang bukan-bukan," ujarnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, Oasis Harvest difahamkan telah menandatangani enam perjanjian bersyarat penjualan saham secara berasingan bagi pengambilalihan tersebut, termasuk dengan Globaltec Formation Bhd yang memegang 45 peratus kepentingan dalam Metta.

Pengarah Eksekutif Oasis Harvest, CH’ng Eu Vern menerusi kenyataan berkata, pengambilalihan itu sejajar dengan misi strategik starikat untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan perniagaan dalam sektor makanan dan minuman; pelancongan; santai; serta hospitaliti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram