Belajar buang 'khazanah' lama, kurang barang, kurang stres, kediaman lebih selesa


  • Hias
  • Jumaat, 06 Jun 2025

Barangan lama ataupun terpakai yang disimpan boleh membuatkan rumah tidak terurus dan emosi terjejas — Gambar hiasan/Freepik

BUDAYA menyimpan barangan lama ataupun terpakai menjadi kelaziman dalam kalangan masyarakat tempatan.

Tidak dinafikan, sentimen nostalgia ataupun kenangan manis menjadi antara faktor utama mengapa segelintir individu sukar melupakan barang yang pada fizikalnya sudah rosak dan cacat di mata penglihatan.

Ungkapan 'sayang nak buang' atau 'mana tahu nanti guna' menjadi kelaziman ayat yang pasti meniti di bibir empunya badan dan tanpa disedari ia sekadar memenuhi ruangan rumah yang kian sempit.

BACA LAGI: Pro kontra video menyusu di laman sosial, Intan Najuwa anggap perkongsian bagus buat panduan ibu kali pertama

BACA LAGI: Chef Wan masih pegang 20 peratus saham syarikat Metta, nafi restoran diambil sepenuhnya pelabur

Apabila rumah makin sesak dengan benda lama kita sebenarnya sedang kumpul beban bukan ketenangan.  Gambar hiasan/Dijana AI

Bahkan, rumah yang dipenuhi dengan barangan tidak digunakan bukan lagi lambang kekayaan atau perkara membanggakan, sebaliknya boleh menjadi beban secara fizikal serta emosi individu.

Gambaran itu cukup sinonim dengan perkongsian seorang wanita ini yang difahamkan baru selesai mengemas barangan rumahnya.

Akui sukar untuk melepaskan kesemua perkakas 'antik' yang sudah lama tersimpan di kediamannya, perkara itu walau bagaimanapun terpaksa direlakan demi keselesaan dan kehidupan yang lebih aman.

"Bila rumah makin sesak dengan benda yang kita sayang sangat nak buang, sebenarnya kita sedang kumpul beban menyesakkan bukan ketenangan.

"Rumah yang penuh barang, lama-lama buat hati rasa sempit, fikiran pun serabut dan jiwa jadi lelah.

"Kadang kita rasa, nanti mungkin guna tapi akhirnya bertahun tak terusik, sayang tu bagus, tapi biarlah kena tempat," kata Dira di laman Facebook pada Khamis.

Konsep 'decluttering' semakin diterima

Menyedari kesan negatif tersebut, semakin ramai mengamalkan konsep decluttering atau penyusunan semula barangan di rumah secara terancang.

Konsep ini menggalakkan pemilihan semula apa yang benar-benar perlu disimpan, didermakan, atau dibuang.

Decluttering bermaksud membuang, menyusun semula dan minimaliskan barang yang ada supaya hanya yang berfungsi dan benar-benar perlu sahaja disimpan.

Kenapa perlu 'declutter'?

Fikiran lebih tenang

Rumah yang kosong dan tidak dipenuhi barangan terpakai membuatkan individu lebih tenang tanpa sebarang tekanan emosi.

Kurang barang, kurang stres

Tidak perlu pening cari benda dan serabut untuk cari barangan berselerak, sebaiknya simpan di tempat tersusun.

Belajar melepaskan

Kadang-kadang kita simpan barang bukan sebab perlukan, tapi sebab emosi. Decluttering mengajar kita untuk melepaskan sama ada barang, kenangan, ataupun beban.

Decluttering bukan sekadar membuang barang, tapi satu proses menyaring apa yang benar-benar penting dalam ruang kediaman yang lebih selesa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram