[VIDEO] Bella Astillah pamer tarian etnik Sabah, Sarawak, gerak lenggok Syed Saddiq mencuit hati


  • Maya
  • Sabtu, 31 Mei 2025

Tangkap layar Bella Astillah dan Syed Saddiq mempamerkan kepelbagaian jenis tarian suku kaum di Sarawak sempena Hari Gawai.

SABAN tahun masyarakat di Sabah meraikan Pesta Kaamatan atau lebih dikenali sebagai Pesta Menuai manakala Hari Gawai pula disambut di Sarawak.

Kedua-dua perayaan tersebut diraikan sebagai tanda kesyukuran selepas berakhirnya musim menuai.

Justeru, simbolik meraikan kemeriahan pesta itu artis wanita, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil berkongsi kepelbagaian jenis tarian etnik di Sabah dan Sarawak menerusi satu perkongsian video.

BACA LAGI: Atlet tinju sedunia Imane Khelif diwajibkan jalani ujian pengesahan jantina menjelang Olimpik LA

BACA LAGI: Diberi penghormatan kedutaan UAE, gadis Nepal diiktiraf miliki tulisan tangan tercantik dunia

Lengkap dalam persalinan kostum, aksesori dan hiasan kepala ikut etnik, kedua-duanya mempamerkan keunikan lenggok tarian sambil diiringi muzik tradisional suku kaum di sana.

Namun, paling mencuri perhatian dan mencuit hati warga maya adalah pergerakan Syed Saddiq yang kelihatan sangat kaku dan 'keras' berbanding Bella Astillah.

Jelas membuktikan dirinya bukan seorang penari profesional, usaha pemimpin parti MUDA itu dalam menerapkan nilai perpaduan berbilang kaum tetap dihargai warga maya.

Tampil mengulas hal tersebut, Syed Saddiq menggelarkan dirinya sebagai 'robot' dan bersyukur kerana dibantu oleh rakan karibnya, Bella Astillah ketika merakamkan tarian tersebut.

"Dari petang sampai ke malam, kena retake banyak kali sebab saya kaku/robot, nasib baik ada Bella Astillah di samping jadi kuranglah kaku tu.

"Ini Malaysia, selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai untuk semua.

"Tak tahu nak ketawa atau menangis bila tengok semula takpa, izinkan saya fokus parlimen je la," ciapnya di laman Threads.

Difahamkan, hantaran video itu merupakan permintaan daripada pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu itu yang mahu berkongsi keunikan tarian suku kaum di Borneo.

Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella Astillah sebelum ini pernah melakukan cabaran mendaki Gung Kinabalu di Sabah dalam persalinan baju Melayu dan baju kurung.

Bahkan, Syed Saddiq turut mencabar adrenalin dirinya apabila berenang merentasi lautan di Sabah sambil berbusana tradisional tersebut sekitar Mac lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram