
KELENGKAPAN barangan bayi menjadi keutamaan buat setiap ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.
Bermula dari set pakaian hingga ke keperluan di kamar tidur, segala-galanya perlu disediakan demi memastikan keselesaan si bayi pada tahap optimum.
Namun, tidak dinafikan barangan seperti tilam, kerusi makan dan stroller bayi bersifat hanya sementara kerana si kecil akan meningkat remaja satu hari nanti.
BACA LAGI: [VIDEO] Bella Astillah pamer tarian etnik Sabah, Sarawak, gerak lenggok Syed Saddiq mencuit hati
BACA LAGI: Atlet tinju sedunia Imane Khelif diwajibkan jalani ujian pengesahan jantina menjelang Olimpik LA
Bahkan, segelintir masyarakat berpendapat ia boleh menjurus ke arah pembaziran sekiranya tidak dipakai apatah lagi sekadar menjadi 'perhiasan' di bilik stor.
Menyedari perkara itu, personaliti media sosial, Diana Nasir mempamerkan sikap terpuji apabila menyumbangkan beberapa barangan kelengkapan anak-anaknya kepada ibu bapa yang lebih memerlukan.
Menganggap kesemua item itu telah berjasa sehabis baik kepada tiga cahaya mata perempuannya satu ketika dahulu, kakak kepada pelakon Anzalna Nasir tersebut sentiasa terbuka untuk membuat lebih banyak give away secara percuma.
"Some of these baby items banyak berjasa masa Angguns baby dulu ada yang tak pernah guna lagi.
"Sekarang dah sampai masa untuk items ni berjasa kepada parents and baby lain yang lebih memerlukan, masih banyak lagi barang yang nak give away, cuma belum habis kemas stor lagi," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.
Meraih pujian di laman sosial, rata-ratanya amat mengagumi keprihatinan Diana dalam membantu golongan memerlukan khususnya ibu hamil di luar sana.
"Entahlah nak cakap apa tapi tolonglah ya ALLAH keep you guys in His guidance, be blessed with abundance of rezeki and in a good health always, memang syurga untuk kamu semua," kata sarahfalil.
"Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati kak D sekeluarga," ujar aainaashaari.
"Adik beradik puan Diana ni semuanya baik-baik termasuk Anzalna, memang keluarga yang dermawan," tambah inia_huwaini95.
Sekadar info, Diana yang mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohd Azwan Mohd Noor dikurniakan tiga orang anak iaitu pasangan kembar, Anggun Darleesa bersama Anggun Darleena dan Anggun Darniella.
Menggelarkan anak-anaknya sebagai The Angguns, Diana gemar berkongsi perkembangan serta aktiviti seisi keluarganya di laman sosial yang cukup diminati ramai peminatnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram