
DIKENALI sebagai seorang usahawan berjaya, figura cantik Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau mesra disapa Madammu juga dipuji kerana memiliki hati yang sangat pemurah dan dermawan terhadap masyarakat.
Baru-baru ini menerusi perkongsian live TikTok, Pengasas Noir Beauty & Health itu mencuri tumpuan ramai apabila menghadiahkan dua pembantu rumahnya lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini.
Menyifatkan kedua-dua insan itu sebagai individu yang sangat berjasa kepada keluarganya, ia sebagai salah satu penghargaan atas keringat dicurahkan dalam membantu bab pengurusan rumah terutamanya anak-anaknya.
BACA LAGI: Jepun cipta teknologi rahim buatan pertama dunia, janin berkembang di luar tubuh manusia
BACA LAGI:[VIDEO] Macam filem 3 Abdul, tiga beradik kahwin serentak kongsi mentua sama
Jelasnya, lembu itu dibeli khas untuk dikorbankan di kampung halaman pembantu rumahnya di Jakarta, Indonesia manakala seekor lagi dihadiahkan untuk pengasuh anaknya di Bandung.
"Suka lah bibik dapat lembu, lembu saya beli untuk bibik di Jakarta tu lebih kurang RM5,000 duit Malaysia, kalau untuk Kak Ria (pengasuh) murah sikit sebab di Bandung," katanya.
Biarpun personaliti luarannya kelihatan lembut dan feminin, ibu kepada empat cahaya mata itu tidak pernah mengabaikan kebajikan pekerjanya walaupun sekadar pembantu rumah.
Dalam pada itu, empayar jenama kosmetik Noir yang diusahakan sejak 2017 kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.
Menitikberatkan aspek kecantikan dan kesihatan dalam setiap produknya, Madammu tidak pernah lekang daripada mengembangkan lagi rangkaian produknya apabila kerap berniaga secara atas talian menerusi siaran langsung di TikTok.
Sekadar info, jenama tersebut mengambil inspirasi daripada sekuntum bunga Noir rona hitam yang dilihatnya ketika berkunjung ke New Castle, London 10 tahun lalu.
Berasaskan bahan-bahan premium diformulasi khas untuk kulit Asia, perniagaan dijalankan sentiasa mendapat sokongan padu daripada keluarga khususnya sang suami, Muhammad Azri Che Noh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram