[VIDEO] Macam filem 3 Abdul, tiga beradik kahwin serentak kongsi mentua sama


  • Maya
  • Selasa, 03 Jun 2025

Tangkap layar perkahwinan tiga beradik yang dijalankan serentak di Kinabatangan, Sabah baru-baru ini.

PERSIS filem 3 Abdul (1964), pernikahan tiga pasangan adik-beradik di Kinabatangan, Sabah baru-baru ini menggambarkan kisah sebenar yang berlaku dalam karya seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu.

Bertemu jodoh dengan pasangan masing-masing yang juga merupakan adik-beradik, perkahwinan dibina mencuri perhatian warga maya yang amat mengagumi kisah percintaan terbina dalam keluarga tersebut.

Lengkap berbusana melayu serba putih, ketiga-tiga pasangan terbabit dinikahkan serentak di samping keluarga dan kenalan rapat yang hadir memeriahkan majlis.

BACA LAGI: Jepun cipta teknologi rahim buatan pertama dunia, janin berkembang di luar tubuh manusia

BACA LAGI:Asalnya belajar bahasa isyarat demi adik OKU, Tan Lee Bee dikurnia Bintang Ahli Mangku Negara lepas 4 dekad mencurah bakti

"Acara nikah tiga adik-beradik perempuan dengan tiga adik-beradik lelaki, tulis pemilik akaun berkenaan di ruangan kapsyen.

Menepis dakwaan ia merupakan perkahwinan aturan keluarga, salah seorang pengantin perempuan menjelaskan mahligai dibina atas dasar suka sama suka tanpa sebarang paksaan.

Katanya, bait-bait cinta mula terjalin selepas salah seorang daripadanya terlebih dahulu menjalin hubungan istimewa dengan pasangannya sebelum dua lagi beradiknya mula 'terjatuh hati' usai berkunjung ke rumah keluarganya.

"Sama-sama suka, yang mula berputik tu yang tengah selepas tu bila berjumpa dengan keluarga, yang kiri dan kanan pula jatuh hati dan yang terakhir saya la," kata @cvtie_lulu.

Dicemburui ramai, rata-ratanya menganggap perkahwinan itu cukup menarik dan memudahkan urusan ibu bapa kerana bakal berkongsi keluarga mentua yang sama.

Malah, urusan seperti pulang beraya misalnya turut dikatakan mudah kerana kesemuanya berasal dari kampung halaman yang sama.

"Kalau macam ni balik kampung beraya  mentua pun tak kelam kabut sebab biras adik-beradik sendiri, nak membawang dengki pun tak boleh dah masing-masing dah tahu perangai," kata Dik Fa.

"Syoknya kongsi mentua yang sama, paling bahagia ibu bapa la sebab anak-anak semua kahwin keluarga serupa," ujar Ila Yusof.

"Al hamdulillah kalau dah jodoh, semoga berkekalan hingga akhir hayat, ini baru betul 3 Abdul in real life," tambah BuAdli.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram