[VIDEO] Tampil unik, jurusolek popular India dandan rambut pengantin perempuan replika ikan


  • Maya
  • Isnin, 02 Jun 2025

Tangkap layar fesyen rambut ikan digayakan oleh seorang pengantin wanita di India baru-baru ini.

SETIAP individu wanita mengimpikan perkahwinan indah di samping busana pengantin cantik yang menjadi keutamaan di hari bahagia.

Namun, berbeza pula ceritanya bagi seorang wanita di Delhi, India ini apabila lebih mengutamakan seni dandanan rambut pada hari perkahwinannya.

Tampil unik dan berani menggayakan fesyen tersendiri, permintaannya yang mahukan gaya 'rambut ikan' di hari bahagianya direalisasikan oleh seorang pendandan rambut terkenal, Rishav Tiwari.

BACA LAGI: Atlet tinju sedunia Imane Khelif diwajibkan jalani ujian pengesahan jantina menjelang Olimpik LA

BACA LAGI: [VIDEO] Selepas bersalin, suami hadiahkan Fila rumah baharu, anggap 'rezeki anak'

Meskipun kelihatan pelik, fesyen rambut digayakan pada perkahwinannya mendapat liputan dan perkongsian meluas di laman sosial dengan lebih 83 juta tontonan di Instagram.

 

 

Memberi inspirasi kepada ramai bakal pengantin wanita luar sana, rata-ratanya turut meminati hasil dandanan istimewa tersebut yang disifatkan sangat luar biasa.

Dalam pada itu, Rishav Tiwari cukup terkenal sebagai seorang pendandan rambut yang berani mempamerkan kelainan dalam setiap sen solekan serta dandanan rambut pengantin.

Merupakan pendandan rambut profesional yang popular dalam kalangan artis Bollywood, Rishav Tiwari aktif berkongsi kandungan berkaitan gaya rambut, solekan dan tutorial kecantikan di media sosial, terutamanya di Instagram melalui akaun @rishav_hairstylist_official.

Selain itu, dia juga banyak terlibat dalam penganjuran kelas dandanan rambut menerusi bengkel latihan diadakan di Mahima Bajaj Academy.

Gemar berkongsi video latihan dan demonstrasi gaya rambut di platform YouTube, antara segmen menarik dikongsikan termasuklah sesi 'Hands-On Hair Styling – Day 2' dan 'Full Bridal Dummy Hair Training'. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram