Pemasaran luar kotak, Sydney Sweeney perkenal sabun edisi terhad air mandian sendiri


  • Maya
  • Isnin, 02 Jun 2025

Pelakon itu menyifatkan permintaan terhadap air mandinya sebagai sesuatu yang 'pelik dalam cara yang terbaik'. — Agensi

PELAKON daripada Amerika Syarikat (AS), Sydney Sweeney mencetuskan kolaboratif luar biasa dengan memperkenalkan produk baharu berupa sabun edisi terhad yang mengandungi air mandiannya sendiri.

Produk dinamakan Sydney’s Bathwater Bliss itu adalah hasil kerjasama bersama jenama penjagaan diri lelaki, Dr. Squatch dan bakal dilancarkan pada 6 Jun depan. 

Sabun tersebut diformulasikan dengan pasir, ekstrak kulit kayu pain dan paling mengejutkan, sedikit air mandian sebenar pelakon Euphoria dan Anyone But You itu.

BACA LAGI: ‘Menabung sikit tak apa, asalkan konsisten’, Tip bina tabung pendidikan anak-anak dengan Simpan SSPN

BACA LAGI: Bina legasi sejak kecil, 3 usahawan wanita Cik Siti Wan Kembang asas empayar perniagaan moden

Dalam satu hantaran Instagram miliknya, Sweeney menyambut permintaan luar biasa para peminatnya. 

“Anda semua asyik bertanya tentang air mandiku selepas iklan @drsquatch, jadi kami simpankan,” tulisnya merujuk pada kempen terdahulunya bersama jenama berkenaan.

Pelakon itu menyifatkan permintaan terhadap air mandinya sebagai sesuatu yang 'pelik dalam cara yang terbaik'. 

Sabun itu diformulasikan dengan pasir, ekstrak kulit kayu pain dan sedikit air mandian sebenar Sweeney. — Agensi

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pemasaran Global Dr Squatch, John Ludeke berkata, projek tersebut merupakan percubaan untuk menggabungkan humor dan pemasaran luar kotak.

“Tiada panduan rasmi tentang cara menukar air mandian Sweeney menjadi sabun, tetapi itulah sebab kami lakukannya.

“Kami gemar akan idea yang boleh buat orang ketawa,” katanya.  

Namun di sebalik unsur hiburan, syarikat itu turut menyatakan hasrat untuk memulakan perbualan serius mengenai penjagaan diri lelaki.

“Harapan kami agar lelaki lebih memberi perhatian terhadap rutin penjagaan diri mereka,” tambah Ludeke.

Seiring pelancaran, sabun sensasi itu menjadi perbualan hangat di internet. 

Reaksi pengguna media sosial berbelah bahagi, ada yang teruja, geli dan tidak kurang juga yang keliru.

“Kenapa?” tanya seorang pengguna. 

Sementara yang lain mengaitkan idea itu dengan babak mandi dalam filem Saltburn dan aksi Belle Delphine, pencipta kandungan kontroversi yang pernah menjual air mandinya sendiri pada 2019.

Dalam satu perbincangan di laman sosial, seorang pengguna, Meera Gregerson, 28, menyatakan beliau tidak melihat tindakan Sweeney sebagai eksploitasi terhadap lelaki sunyi.

“Dia sering diseksualkan sebagai selebriti, jadi saya rasa adil untuk dia menjana pendapatan daripada situasi itu.

“Ini bukan jauh beza daripada menjual filem menggunakan penampilannya sebagai tarikan,” ujarnya.  — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram