
BENARLAH kata orang, isteri gembira kunci rumah tangga bahagia.
Ungkapan itu sesuai digambarkan menerusi perkongsian terbaharu pasangan romantis Fila Amir, 30, dan suaminya, Adama Mohamed, 32, yang kini meniti bahagia di samping cahaya matanya.
Biarpun perkahwinannya dengan jejaka Afrika itu pada mulanya dikritik ramai, kasih sayang tidak berbelah bahagi dicurahkan kepada isterinya cukup membuktikan betapa hubungan tersebut direstui ramai dan kekal harmoni hingga ke hari ini.
BACA LAGI: Atlet tinju sedunia Imane Khelif diwajibkan jalani ujian pengesahan jantina menjelang Olimpik LA
BACA LAGI: Diberi penghormatan kedutaan UAE, gadis Nepal diiktiraf miliki tulisan tangan tercantik dunia
Dikurniakan zuriat lepas lima tahun usia perkahwinan, rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dijalani membuahkan hasil apabila Fila selamat melahirkan anak perempuannya, Assara Adama Camara pada Mei lalu.
Fila dan suami dikurniakan cahaya mata perempuan sekitar Mei lalu.
Dalam pada itu, Fila berkongsi kegembiraannya baru-baru ini apabila dihadiahkan sebuah kediaman rumah daripada suaminya.
Sedang dalam proses akhir penyerahan kunci, pempengaruh itu menzahirkan rasa syukur atas pemberian tersebut yang dianggap sebagai salah satu daripada 'rezeki anak'.
Difahamkan bakal berpindah ke kediaman baharu itu tidak lama lagi, Fila dan suaminya merancang untuk mengubah suai rumahnya terlebih dahulu sebelum menetap di kawasan kejiranan mewah tersebut.
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan, pasangan suami isteri itu kini sedang giat mengusahakan sebuah premis perabot di negeri kelahiran suaminya.
Selain itu, mereka turut menjalankan perniagaan jualan madu asli yang diimport dari Guinea dan kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.
Biarpun berbeza budaya, Adama sentiasa terbuka untuk mempelajari adat resam melayu selain gemar meluangkan masa bersama isteri tercinta walaupun sibuk dengan urusan perniagaan beberapa tahun kebelakangan ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram