
DINOBATKAN anugerah sastera paling berprestij di Jepun, gelaran 'Akutagawa' diraih Saou Ichikawa, 45, membuktikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga mampu mengecapi kejayaan.
Merupakan pemenang berkerusi roda pertama yang menerima penghargaan itu, Ichikawa menghidap penyakit myopathy kongenital, sejenis gangguan saraf otot yang menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada kerusi roda dan mesin pernafasan ventilator.
"Saya menulis novel ini kerana pengarang kurang upaya sangat kurang diberi perhatian.
BACA LAGI: [VIDEO] Kongsi perjuangan ibu menyusu, Tya Arifin bawa stok susu badan terbang ke Malaysia
"Mengapa pemenang pertama hanya muncul pada 2023? Saya mahu semua orang berfikir tentang perkara itu," katanya.
Karya novelnya, Hunchback mengetengahkan plot individu yang juga mengalami kecacatan seperti dirinya dan menjadi platform untuk Ichikawa mengubah persepsi stereotaip masyarakat terhadap golongan kurang upaya.
Novel Hunchback karya Saou Ichikawa meraih tempat di hati masyarakat Jepun.
Latar belakang
Pada usia 13 tahun, Ichigawa terpaksa berhenti sekolah selepas mula menggunakan mesin ventilator.
Namun, minatnya terhadap penulisan tidak pernah luntur dan dia mula menghasilkan lebih 30 karya bergenre fantasi serta percintaan pada usia 30 tahun.
Perubahan besar berlaku pada 2019 apabila dia melanjutkan pelajaran secara atas talian di Universiti Waseda, Jepun dan bermula detik itu, Ichigawa mula menyedari betapa kurangnya golongan OKU dalam sastera penulisan Jepun.
Hunchback merupakan karya pertamanya yang mengungkap pengalaman sebenar sebagai individu kurang upaya, termasuk keinginan, kemarahan dan perjuangan untuk mendapat tempat di hati masyarakat.
"Terlalu banyak persepsi sinis terhadap golongan kurang upaya dan saya mahu mengubahnya, kami juga manusia dengan pelbagai keinginan dan keperibadian," katanya.
Menentang persepsi masyarakat
Ichikawa menggunakan karyanya untuk menentang budaya masyarakat Jepun yang sering mengabaikan individu yang cacat fizikal.
Menurut Profesor Yuki Arai dari Universiti Nishogakusha, Jepun, kejayaan Ichikawa telah membuka mata masyarakat terhadap perkara yang selama ini dianggap mustahil.
"Hunchback adalah jeritan kemarahan kepada masyarakat yang menafikan kewujudan serta kemampuan golongan OKU," katanya.
Perancangan masa depan
Walaupun telah melalui pelbagai cabaran, Ichikawa tetap setia menulis dan menganggapnya sebagai satu-satunya saluran untuk suaranya didengari.
Dia sama sekali tidak pernah menyangka bahawa karya 'sastera tulen' pertamanya itu akan dijulang ke peringkat tertinggi dunia.
"Apabila saya dengar saya menang, fikiran saya terpaku, saya rasa seperti diterima kerana kelainan saya dan berharap ini membuka jalan untuk penulis lain menulis dengan lebih bebas.
"Saya bercadang mahu menulis novel yang lahir dari jiwa dalam beberapa tahun akan datang dan mengubah prasangka serta stereotaip negatif terhadap OKU," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram