
USAHAWAN dan selebriti popular Tya Arifin, 31, berkongsi pengorbanan sebagai seorang ibu menyusu apabila sanggup menerbangkan simpanan stok susu badannya dari Indonesia ke Malaysia baru-baru ini.
Merupakan satu perkara tidak ternilai bagi seorang ibu, susu badan berperanan sebagai minuman terbaik buat tumbesaran sihat si bayi dalam jangka masa panjang.
Enggan mensia-siakan pemberian tuhan tersebut, menantu kepada Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berusaha sebaiknya untuk menyimpan kesemua stok susu berkenaan biarpun terpaksa menempuh perjalanan lebih tiga jam ke ibu negara.
BACA LAGI: Risiko minuman tenaga isotonik, golongan pesakit jantung berpotensi mati mengejut
BACA LAGI: Saksi pelancaran LIMA 25 dari udara, Ahirine kongsi pengalaman selaku media rasmi TLDM
Demi memastikan ia tersimpan rapi dan selamat hingga ke Malaysia, Tya membekukan simpanan susunya dan meletakkannya dalam sebuah peti simpanan sejuk (cooler bag).
Dalam pada itu, terdapat beberapa langkah dan prosedur perlu dituruti sekiranya ingin membawa susu ibu ke dalam pesawat penerbangan.
1. Simpan susu dalam bekas yang sesuai
- Gunakan bekas penyimpanan susu ibu seperti botol BPA-free atau breast milk storage bag.
- Labelkan dengan tarikh dan masa perahan.
- Simpan dalam cooler bag berpenebat haba bersama ice pack atau ais kering (dry ice) jika perlu.
2. Semasa pemeriksaan keselamatan (security check) di lapangan terbang
- Jika ingin bawa masuk ke dalam kabin (hand carry), maklumkan kepada pegawai keselamatan bahawa anda membawa susu ibu.
- Tidak tertakluk kepada had 100ml, walaupun ia cecair.
- Susu boleh dibawa walaupun bayi tidak bersama anda.
- Biasanya susu akan diperiksa secara manual atau imbasan khas, bukan melalui X-ray terus.
3. Berurusan dengan syarikat penerbangan
- Hubungi pihak syarikat penerbangan lebih awal untuk tahu jika mereka benarkan simpan susu di peti sejuk kabin.
- Pastikan tiada larangan khas.
- Tahu peraturan khas (contoh, jumlah dry ice yang dibenarkan).
4. Semasa penerbangan
- Jangan buka cooler bag terlalu kerap supaya suhu sejuk kekal.
- Pastikan ice pack kekal beku dan sejuk sepanjang penerbangan.
- Gunakan beg tambahan berpenebat jika penerbangan melebihi enam hingga lapan jam.
Pun begitu, bagi penerbangan antarabangsa setiap negara memiliki polisi tersendiri berkaitan simpanan cecair yang dibawa dan sebaiknya individu menyemak terlebih dahulu prosedur ditetapkan syarikat.
Bagi penerbangan domestik, penumpang dibenarkan membawa simpanan cecair menaiki kabin pesawat (hand carry) dengan syarat ia disimpan dengan rapi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram