
TERNYATA lelaki Malaysia memiliki daya tarikan tersendiri hingga mampu 'mencairkan' hati wanita-wanita di Jepun.
Itu ungkapan digambarkan orang ramai sebaik menonton satu klip video memaparkan respon wanita di negara matahari terbit tersebut terhadap lelaki Malaysia.
Rakaman berdurasi seminit satu saat yang dikongsikan menerusi aplikasi Thread madhery87 itu menunjukkan seorang pengguna TikTok bertanyakan kepada dua wanita mengenai lelaki dari negara Asia yang kacak di mata mereka.
BACA LAGI: Sewa lelaki kacak untuk menangis, budaya ikemeso danshi beri ruang wanita Jepun cari ketenangan
BACA LAGI: Teong Kim dan formula pemain kacak
Soalan pertama dimulakan dengan pertanyaan sama ada lelaki China ataupun Korea Selatan lebih menawan dan kedua-duanya memilih Korea Selatan.
Jawapan yang sama dipilih untuk perbandingan beberapa negara lain sehinggalah ia berubah selepas dibandingkan dengan India.
Namun ketika ditanya antara India dan Malaysia, ternyata kedua-dua wanita Jepun itu memilih lelaki Malaysia sebagai lebih kacak.
Malah, lebih tampan dari Filipina dan Indonesia!
Ditanya faktor pemilihan itu, salah seorang wanita menjawab, kebanyakan lelaki Malaysia memiliki ciri-ciri wajah yang menarik berbanding negara lain.
"Saya ternampak seorang lelaki Malaysia di TikTok dan beliau kelihatan sangat bergaya," ujar seorang lagi wanita.
Sementara itu, pengguna Thread, madhery87 menyifatkan bahawa pemilihan itu sebagai salah satu penghargaan buat golongan lelaki di Malaysia,
"Pelik juga perempuan Malaysia ramai minat lelaki Korea, tapi bila lelaki Malaysia dihargai oleh perempuan Jepun, bangga jugalah. Baru rasa ada nilai!" tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram