Penghargaan tidak diiktiraf, UNESCO nafi beri anugerah pada Syahrini


  • Maya
  • Jumaat, 23 Mei 2025

Syahrini di majlis karpet merah Festival Filem Cannes 2025, Perancis baru-baru ini.

ANUGERAH diraih penyanyi popular Indonesia, Syahrini di Festival Filem Cannes 2025 di Perancis baru-baru ini dinafikan oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Mendakwa menerima penghargaan berprestij Outstanding Achievement in Entertainment, Influence, & Global Cultural Impact daripada pihak berkenaan, ia walau bagaimanapun difahamkan tiada kaitan dengan entiti tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Menyentuh hati, pegawai polis kongsi pengorbanan wanita rayu ikat jamin anak di mahkamah

BACA LAGI: Saksi pelancaran LIMA 25 dari udara, Ahirine kongsi pengalaman selaku media rasmi TLDM

"UNESCO tidak terlibat dalam pemberian anugerah pada acara yang berlangsung di Cannes.

"Walaupun ia mungkin melibatkan ramai artis dari serata negara, ia sama sekali bukan pengiktirafan rasmi dari UNESCO," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Syahrini mendakwa menerima anugerah Outstanding Achievement in Entertainment, Influence, & Global Cultural Impact dari UNESCO.

 

Terdahulu, Syahrini berkongsi kegembiraannya di laman Instagram apabila menerima anugerah rasmi dari UNESCO.

"Saya datang ke Cannes untuk menerima penghargaan luar biasa dari UNESCO melalui platform 'Listen To Her Parole'.

"Sebagai wanita Asia Tenggara dan muslim yang bangga, saya membawa cerita yang jarang didengar.

"Keyakinan saya menguatkan saya, budaya saya memperkuat saya, dan suara saya bergabung dengan banyak wanita yang bangkit untuk mendefinisikan kembali apa yang mungkin," ciapnya.

Anugerah berprestij itu merupakan sebahagian daripada majlis yang meraikan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang melalui majalah Discrte Magazine. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram