Suka 'check' pintu walau sudah dikunci? Ini 8 ciri personaliti tersembunyi anda


  • Sihat
  • Jumaat, 16 Mei 2025

Bagi sesetengah orang, tindakan menyemak pintu adalah satu bentuk rutin yang menghantar isyarat kepada otak bahawa semuanya terkawal dan selamat. — Agensi

JIKA anda pernah bangun semula dari tempat tidur lewat malam hanya untuk memastikan pintu hadapan benar-benar berkunci, anda sebenarnya mungkin memiliki lapan ciri personaliti yang unik. 

Walaupun anda yakin sudah mengunci pintu, sesuatu mendorong anda untuk kembali memulas tombol tersebut sekadar untuk kepastian.

Situasi kecil seperti ini, kata pakar, sebenarnya mampu mendedahkan banyak perkara tentang siapa diri kita dan bagaimana rutin kehidupan seharian kita.

BACA LAGI : Mitos dan info palsu vaksin antara cabaran lindungi warga emas, golongan dewasa

BACA LAGI : Lahir dengan ‘birth mark’ di muka, ibu hidap kencing manis bersyukur dianugerahkan bayi 'ajaib'

Menurut laporan Mindful.org, tiada yang salah dengan tabiat tersebut dan sebenarnya ia menunjukkan personaliti diri anda yang sebenar. 

Tetapi jika anda pernah tertanya-tanya mengapa anda melakukannya atau apa yang ia perlihatkan tentang personaliti anda, lapan ciri berikut mungkin jawapannya : 

Mereka yang suka memeriksa pintu selalunya juga sangat peka terhadap butiran kecil. — Agensi

1. Utamakan keselamatan melebihi segalanya

Bagi sesetengah individu, mengunci pintu sekali tidak memadai. Mereka mendambakan keselamatan baik dari sudut fizikal, emosi mahupun psikologi.

Pemikiran mereka lebih suka kepastian daripada kemungkinan. Golongan ini biasanya akan mengesahkan temujanji dua kali, atau membaca semula e-mel sebelum dihantar.

"Ia mungkin kelihatan seperti pelaburan masa yang kecil, tetapi memberikan rasa aman yang sangat besar," kata pakar.

2. Teliti secara semula jadi

Mereka yang suka memeriksa pintu selalunya juga sangat peka terhadap butiran kecil.

"Saya pernah diberitahu oleh seorang rakan: 'Awak tak pernah terlepas apa-apa,' dan itu adalah pujian paling besar pernah saya terima," kata seorang individu yang ditemu bual.

Mereka boleh mengesan bunyi halus di dapur, kedudukan kunci yang sedikit berubah atau kesalahan ejaan kecil di tempat kerja.

Namun, sikap ini boleh membawa kepada tabiat terlalu berfikir jika tidak dikawal.

Memastikan semula pintu yang sudah tertutup sebenarnya boleh menjadi tanda seseorang itu sedar dan hadir dalam fikirannya. — Agensi

3. Bertanggungjawab secara peribadi

Tindakan menyemak semula pintu boleh menunjukkan sifat ambil tanggungjawab secara serius.

Menurut penulis pembangunan diri terkenal, Mark Manson, kawalan sebenar dalam hidup muncul apabila seseorang mengambil tanggungjawab atas tindakannya.

“Dengan menyemak pintu, anda menunjukkan bahawa anda tidak bergantung pada nasib atau ingatan semata-mata,” kata laporan itu.

4. Mempunyai sifat 'perfectionist'

Mereka yang mengejar kesempurnaan sering merasa gelisah jika ada yang tidak selesai atau tidak tepat.

"Saya sendiri pernah berdepan dengan perfectionisme (mementingkan kesempurnaan), terutamanya dalam memastikan ruang kerja saya sentiasa kemas," menurut laporan itu.

Menyemak semula pintu yang sudah ditutup atau belum adalah tindakan kecil yang membawa kelegaan besar terhadap segelintir individu.

Namun, pakar psikologi Brene Brown mengingatkan, 'perfectionisme' bukan bermaksud menjadi versi terbaik diri kita.

5. Mengamalkan kesedaran (Mindfulness)

Meskipun kelihatan seperti tabiat resah tetapi  memastikan semula pintu yang sudah tertutup sebenarnya boleh menjadi tanda seseorang itu sedar dan hadir dalam fikirannya.

Menurut Mindful.org, antara prinsip utama mindfulness ialah menyedari persekitaran dan proses mental.

Daripada mengabaikan rasa resah, mereka bertindak balas terhadapnya.

"Saya sendiri mengamalkan detik kecil seperti ini untuk kekal sedar dengan apa yang sedang saya lakukan," ujar laporan itu.

Suspicious office worker checking online content on computer using a magnifying glass

Mereka yang mengejar kesempurnaan sering merasa gelisah jika ada yang tidak selesai atau tidak tepat dan situasi. — Agensi

6. Sangat empati terhadap kebimbangan orang lain

Jika anda sering meyakinkan orang lain bahawa pintu sudah dikunci, itu menunjukkan anda memahami dan mahu meredakan kebimbangan mereka.

"Saya dapati individu empati juga sering menyediakan selimut tambahan untuk tetamu, dan pastikan semua cukup makan ketika majlis," menurut penulis.

Sikap menyemak kunci ini mungkin sebahagian kecil daripada sifat penyayang yang lebih luas.

7. Ada Kebimbangan tertinggal tetapi mahu mengawalnya

Kebimbangan seperti 'bagaimana jika saya salah?' sering timbul dalam pelbagai aspek kehidupan—kewangan, kerjaya atau hubungan.

Mereka yang menyemak semula pintu tidak lumpuh oleh kebimbangan ini, tetapi mahu mengawalnya dengan tindakan kecil.

"Saya sendiri lebih memilih untuk sahkan semula dan teruskan hidup, daripada biarkan fikiran saya terus berteka-teki," kata penulis yang turut berkongsi manfaat yoga dan meditasi dalam menenangkan fikiran.

8. Percaya kepada ritual praktikal untuk ketenangan

Ritual kecil seperti menyemak kunci pintu adalah cara memberikan struktur dan kestabilan dalam hidup.

Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA), rutin dan ritual boleh memperkukuh rasa kestabilan, terutama dalam rumah tangga.

"Saya sendiri membentuk persekitaran rumah dengan minimalisme dan rutin yang sedar daripada cara saya melipat baju hingga menyusun tikar yoga," kata penulis.

Tindakan menyemak pintu adalah satu bentuk rutin yang menghantar isyarat kepada otak bahawa semuanya terkawal dan selamat.

Tindakan memeriksa pintu berulang kali juga sebenarnya membawa maksud anda seorang yang mempunyai sifat empati dan penyayang. — Agensi 

Tafsiran akhir: Bukan tanda lemah, tapi kesedaran diri

Ada yang khuatir tabiat ini menunjukkan sifat tidak yakin atau ketakutan berlebihan.

Namun menurut pakar, ia hanya bermasalah jika menyebabkan tekanan atau gangguan dalam hidup.

"Jika anda rasa tenang selepas menyemak semula, itu hanyalah satu teknik menenangkan diri yang digunakan untuk bergerak dalam dunia ini," kata laporan tersebut.

Memeriksa pintu sebenarnya mencerminkan bagaimana seseorang itu melihat keselamatan, tanggungjawab dan perincian dalam kehidupan.

Ia bukan tanda anda paranoid. Ia cuma jendela kecil kepada sifat yang lebih mendalam seperti teliti, empati, sedar atau sedikit kesempurnaan.

Tindakan kecil seperti menyusun semula rak atau menyemak semula kunci, boleh menjadi pencetus kepada kesedaran diri dan pertumbuhan peribadi.

Kadang-kadang, perkembangan diri bukan datang daripada peristiwa besar, tetapi melalui rutin-rutin kecil yang diulang hari demi hari. — Agensi 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram