
PENGASAS produk kosmetik tempatan, Afzalizah Nizam Azizan mencuri perhatian selepas menghadiahkan barangan berjenama mewah sempena sambutan Hari Guru di sekolah anak-anaknya, yang disambut pada 16 Mei tahun ini.
Berkongsi tentang perihal itu di laman Instagram miliknya, Afzalizah memuat naik video memaparkan dirinya menyusun rapi beg kertas jenama Habib Jewels sebelum memasukkan kotak kecil difahamkan berisi barangan kemas ke dalam beg berkenaan.
Turut kelihatan, susunan beg kertas berona hitam daripada jenama Bawal Exclusive yang diletakkan bersebelahan beg barangan kemas tersebut.
BACA LAGI: Boleh bagi hadiah mahal, tetapi jangan biasakan kerana budaya tidak sihat
BACA LAGI: Tak mampu beri hadiah, doa murid istimewa termakbul, guru PPKI hamil lepas 5 tahun berkahwin
Beliau dalam pada itu turut memasukkan kad ucapan sebagai tanda penghargaan ke dalam setiap beg barang kemas dan jenama tudung tersebut.
"Apabila anak-anak tanya, ibu hari guru nak bagi apa? Jadi saya sediakan untuk mereka," tulisnya menerusi ruangan kapsyen pada Khamis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan usahawan tersebut dalam menyediakan hadiah sempena sambutan Hari Guru di sekolah anak-anaknya.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar wanita itu sentiasa dimurahkan rezeki.
"Rezeki cikgu anak sis, kita pun anak murid asyik tanya cikgu nak hadiah apa?" tulis _wahidaaziz.
"Sedihlah tengok usaha ibu bapa sepanjang minggu ini nak hargai guru-guru," ujar eabella_ pula.
"Rezeki orang berbeza-beza. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, tidak salah untuk meraikan dengan memberi hadiah mewah kepada guru," jelas kieta81. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram