Tak mampu beri hadiah, doa murid istimewa termakbul, guru PPKI hamil lepas 5 tahun berkahwin


  • Cinta
  • Khamis, 15 Mei 2025

Bagi kebanyakan guru, hadiah paling berharga tidak datang dalam bentuk material, sebaliknya hadir dalam doa yang ikhlas. — Gambar janaan AI

RAMAI beranggapan bahawa kejayaan akademik dan pencapaian murid sering kali menjadi pengukur utama terhadap keberkesanan dan kejayaan seseorang pendidik.

Namun bagi kebanyakan guru, hadiah paling berharga tidak datang dalam bentuk material, sebaliknya hadir dalam bentuk doa yang ikhlas, baik daripada guru kepada murid mahupun sebaliknya.

Seperti kisah yang dikongsikan seorang guru bernama Maryam Raudhah Aiesyah menerusi laman Facebook miliknya, beliau menceritakan antara pengalaman menyentuh hati sepanjang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

BACA LAGI: Betulkan tali pinggang kawan 'istimewa', keikhlasan murid Sarawak undang pujian

BACA LAGI: 'Jasa terbalas', guru guna motor 'kapcai' redah laluan balak, berbukit sejauh 60km demi pendidikan murid Orang Asli terima hadiah istimewa

Tangkap layar perkongsian guru tersebut di Facebook miliknya.

"Kenangan saya tahun pertama di PPKI, (seorang murid kata) cikgu, maaf saya tak dapat bagi hadiah tapi saya doakan cikgu dapat anak.

"Alhamdullillah setelah lima tahun berkahwin, ALLAH kurniakan saya zuriat pertama (selepas setahun di PPKI).

"Dia (Anak murid) jumpa saya lagi (dan kata) nanti cikgu dapat anak kedua ya. Selang setahun lebih ALLAH kurniakan anak kedua," tulisnya di Facebook.

Menurut Maryam Raudhah Aiesyah, anak murid istimewanya itu kini berusia lebih 20 tahun, namun kenangan tersebut kekal terpahat sebagai hadiah paling berharga sepanjang kariernya sebagai pendidik.

"Hadiah paling bermakna, doa kita buat murid dan doa murid untuk kita juga. Semoga anak-anak murid semua bahgia dunia akhirat," ungkapnya.

Sesungguhnya, dalam dunia yang semakin pantas bergerak, doa tulus antara guru dan murid masih menjadi hadiah abadi yang mengikat kenangan, menjemput keberkatan dan mencipta kebahagiaan tidak ternilai harganya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram