SISTEM pendidikan negara mengalami perubahan besar dengan salah satunya pembelajaran murid Tahun 1 akan bermula seawal usia 6 tahun.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengenai Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) bagi 2026 hingga 2035.
Menurut RPM, pembelajaran tahun 1 akan bermula seawal usia 6 tahun bermula 2027 bergantung kepada kesiapsiagaan pelaksanaan nasional.
BACA LAGI: Cemerlang di peringkat antarabangsa, Syahir Rosdi diiktiraf Tekong Terbaik Dunia
BACA LAGI: Wanita dipesan hati-hati kongsi gambar, kecanggihan AI boleh undang fitnah
Kata Anwar, ibu bapa masih diberikan pilihan untuk memasukkan anak mereka ke Tahun 1 pada usia 6 atau 7 tahun.
"Pada 2027, ibu bapa dibenarkan untuk membuat pilihan sama ada memasukkan anak-anak ke pendidikan Tahun 1 pada usia 6 atau 7 tahun.
"Ia mencerminkan kepada tuntutan atas peredaran zaman sambil mengiktiraf tahap kesediaan satu-satu individu," ujar Anwar.
Dalam masa yang sama, RPM akan melaksanakan peperiksaan dan penilaian bagi pelajar Tahun 4 akan bermula tahun ini.
Peperiksaan itu diadakan semasa Tahun 4 bagi membolehkan pelajar mempunyai masa selama dua tahun untuk mensiapkan diri sebelum memasuki sekolah menengah.
"“Guru-guru ingat tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu darjah enam.
"Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, dua tahun iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu," kata Anwar. — The Star/ARFA YUNUS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
