TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) semakin hari, semakin menunjukkan kemajuan dalam perkembangannya.
Walaupun AI ketika ini semakin maju dan boleh memberikan manfaat kepada manusia, ia masih mempunyai keburukannya.
Malah, jika tidak ditegah, AI boleh menyebabkan fitnah dan merosakkan manusia.
BACA LAGI: [VIDEO] Dendam, rekod lama buatkan JDT-Selangor jadi pilihan awal undian Piala Malaysia
BACA LAGI: Piala Thomas: Jangan bergantung kepada Zii Jia — Roslin Hashim
Dalam perkongsian oleh Faiz Azizan di Facebook, dia meluahkan kerisauan mengenai bagaimana AI mampu menjadi senjata kepada fitnah sesama manusia.
Dengan ketika ini wujudnya trend memuat naik gambar ke media sosial dan meminta AI untuk melakukan perubahan terhadapnya, dikhuatiri ia boleh mendorong kepada fitnah terhadap diri sendiri.
"Dunia AI sekarang tanpa batasan dan orang sakit otak pun wujud. Pesanlah dekat keluarga kita terutamanya yang kaum hawa, tak payahlah muat naik gambar di media sosial.
"Dengan satu ayat, semua AI boleh edit walaupun walaupun kalau ikut polisi kata macam-macam," katanya.
Kerisauan itu timbul selepas Faiz mengatakan yang dia menjumpai gambar sekumpulan wanita berhijab mahu menukarkan gambar tersebut kepada seseuatu yang mencolok mata.
Teknologi AI sepatutnya digunakan untuk memudahkan urusan harian kita, bukannya sebagai alat menimbulkan fitnah terhadap diri sendiri atau orang lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
