PEMAIN Singapura, Safuwan Baharudin kembali menyarung jersi Selangor FC selepas setengah musim meninggalkan kelab itu untuk bersama Lion City Sailors (LCS) secara pinjaman.
Safuwan kembali beraksi untuk Selangor pada aksi Liga Super menentang DPMM FC pada Sabtu apabila Gergasi Merah menang 5-2 di tempat lawan.
Pertahanan itu jelas sekali gembira dapat beraksi semula untuk Selangor dengan Safuwan memuat naik gambarnya bermain pada perlawanan tersebut.
BACA LAGI: Akaun media sosial digodam, ‘Bruno Fernandes’ sangkal kenyataan rasmi Man United
BACA LAGI: Gantikan Salah, Liverpool sedia keluar duit RM475 juta buru bintang 'terbuang' Man United
Apa yang menarik perhatian adalah komen daripada pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap siaran Safuwan itu.
Kata Tunku Ismail yang mesra dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), kejayaan dijangka akan menyusul buat Safuwan usai kepulangannya ke Selangor.
"Satu piala, insya-ALLAH," kata Tunku Ismail.
Keyakinan pemilik JDT terhadap perkara tersebut melihatkan kepulangan semula Safuwan ke Selangor mampu memberikan kekuataan signifikan kepada kelab.
Dengan kredibilitinya sebagai pemain senior dan kualiti kepimpinan di padang pastinya dapat membantu menggerakan pasukan yang turut ditunjangi Faisal Halim dan Nooa Laine.
Ditambah kehadiran pengendali baharu, Kim Pan-gon, Selangor dijangka sedang menuju ke arah yang tepat untuk menghadiahkan kejuaraan kepada penyokong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
