Skandal pemain warisan: Noor Azman dilapor tidak bersalah, boleh sambung tugas Setiausaha Agung FAM


  • Podium
  • Khamis, 08 Jan 2026

Noor Azman dijangka boleh menyambung semula tugasnya sebagai Setiausaha Agung FAM.

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman dikatakan tidak bersalah berkait isu skandal pemain warisan.

Menurut pemerhati bola sepak, Zulhelmi Zainal Azam pada Khamis, Noor Azman yang dijangka boleh kembali ke Wisma FAM untuk menyambung tugasnya selepas digantung 17 Oktober 2025.

"Setiausaha Agung didapati tidak bersalah, akan kembali bertugas secara rasmi dalam masa terdekat," kata Zulhelmi.

BACA LAGI: Gantikan Salah, Liverpool sedia keluar duit RM475 juta buru bintang 'terbuang' Man United

BACA LAGI: Diberi mandat kendali 'kapal bergelora', legenda Man United minta restu Alex Ferguson

Sebelum ini, Noor Azman digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkait isu pemalsuan dokumen tujuh pemain Harimau Malaya yang terdiri daripada pemain warisan.

Rentetan isu tersebut, FAM melakukan rayuan kepada FIFA namun ia ditolak dan kini perkara tersebut dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Setakat ini, masih belum terdapat keputusan dikeluarkan oleh CAS dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sedang menanti jawapan dari mahkamah itu.

AFC juga dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap FAM berdasarkan keputusan rayuan yang dikeluarkan oleh CAS. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram