BELUM sempat reda daripada episod memalukan tumpas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion dalam saingan Piala FA Inggeris pada Ahad, Manchester United hadir dengan drama baharu melibatkan ketua pasukan mereka.
Drama yang dimaksudkan adalah akaun X (Twitter) Bruno Fernandes digodam oleh pihak bertanggungjawab hinggakan ia menghasilkan siaran yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan penyokong.
Menyedari situasi itu, United menerusi media sosial mereka terus mengeluarkan hebahan berkenaan perkara tersebut namun menerima respons tak dijangka oleh 'Fernandes'.
BACA LAGI: Skandal pemain warisan: Noor Azman dilapor tidak bersalah, boleh sambung tugas Setiausaha Agung FAM
BACA LAGI: Gantikan Salah, Liverpool sedia keluar duit RM475 juta buru bintang 'terbuang' Man United
Hebahan United yang dinafikan oleh akaun Fernandes.
"Akaun X milik Bruno Fernandes telah digodam. Para penyokong diminta untuk tidak berhubung dengan mana-mana siaran atau direct message akaun berkenaan," kata United.
"Saya tak peduli, saya akan tetap lakukan sebaran," kata akaun Fernandes yang sudah dikuasai penggodam terbabit.
Setakat berita ini ditulis, akaun tersebut main belum dapat dikuasai semula oleh pemain antarabangsa Portugal itu.
Akaun pemain tengah itu turut mengeluarkan beberapa siaran yang menarik perhatian seperti ajakan untuk menyingkirkan pemilik minoriti kelab iaitu INEOS serta memuat naik gambar kekalahan 0-7 United kepada musuh tradisi, Liverpool pada 2023.
Kekalahan United kepada Brighton menambah derita kelab itu yang terus mengalami masalah prestasi walaupun selepas menyingkirkan pengendali, Ruben Amorim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
