Gantikan Salah, Liverpool sedia keluar duit RM475 juta buru bintang 'terbuang' Man United


  • Podium
  • Khamis, 08 Jan 2026

Greenwood (tengah) menjadi buruan Liverpool.

 

 

LIVERPOOL sedia membayar harga tinggi sebanyak £87 juta (RM457 juta) bagi mendapatkan pemain baharu menggantikan Mohamed Salah.

Dilaporkan, sasaran tersebut adalah pemain Marseille iaitu Mason Greenwood yang kini berusia 24 tahun.

Pemain 'buangan' seteru Liverpool iaitu Manchester United itu kini mempunyai karier yang lebih baik selepas meninggalkan kelab berkenaan pada 2022.

BACA LAGI: Diberi mandat kendali 'kapal bergelora', legenda Man United minta restu Alex Ferguson

BACA LAGI: Saya sedia keluar dari zon selesa — Mahame Siby

Greenwood kini cemerlang di Marseille.

Greenwood pada mulanya menyertai kelab Sepanyol, Getafe secara pinjaman apabila mencatatkan rekod baik iaitu 10 jaringan dalam 36 perlawanan.

Bersama Marseille, Greenwood merupakan pemain kegemaran penyokong apabila rekod 37 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 59 perlawanan menarik perhatian mereka.

Dengan Greenwood sedang memasuki fasa kemuncak dalam kariernya, ia adalah masa tepat untuk Liverpool membawanya kembali ke England selepas dijangka terlepas Antoine Semenyo kepada Manchester City.

Dia dikenali sebagai pemain yang menepati profil, umur dan potensi untuk berkembang sebagai pemain elit dimahukan Liverpool.

Namun begitu, usaha Greenwood itu dijangka akan menimbulkan kontroversi yang melangkaui permusuhannya antara mereka dengan United.

Hal ini kerana, rekod lampau Greenwood pernah terpalit dengan kes penderaan domestik serta dakwaan rogol semasa di United membuatkan namanya tercemar sehingga sekarang.

Perpindahan tersebut dianggap berisiko dan itu boleh menyebabkan reaksi negatif diberikan penyokong Liverpool sendiri serta pengikut bola sepak Inggeris. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram