Bukit Kepong alami gegaran 3.4 magnitud, tiada amaran tsunami


  • Massa
  • Ahad, 28 Dis 2025

Tiada kemalangan jiwa direkodkan dalam gegaran di Bukit Kepong.

KAWASAN Bukit Kepong, Pagoh mengalami gegaran kecil berukuran 3.4 magnitud pada Ahad.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kejadian itu berlaku pada 8.55 pagi dengan kedalaman 10 kilometer dilaporkan.

Buat masa ini, tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan namun kerajaan negeri masih berjaga-jaga dengan situasi itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi ketika solat Maghrib, 7 maut masjid jadi sasaran letupan di Nigeria

BACA LAGI: [VIDEO] Padah lepaskan tokan dadah, balai polis dibakar penduduk

"Untuk makluman, setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda, dan tiada sebarang ancaman tsunami kepada negeri Johor. Keadaan adalah terkawal.

"Kerajaan Negeri Johor sentiasa mengambil serius soal keselamatan rakyat. Pemantauan rapi sedang dijalankan bersama agensi berkaitan, dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa agar rakyat sentiasa mendapat maklumat yang sahih dan tepat," katanya.

Dalam pada itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kemas kini pemeriksaan dilakukan mereka mendapati yang gegaran turut dirasai oleh penduduk Johor dan Melaka.

Mereka meminta orang ramai yang mengalami gegaran itu untuk mengisi borang kaji selidik yang disediakan MetMalaysia.

"Kemas kini memaklumkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor dan Melaka.

"Orang ramai yang merasai gegaran gempa bumi ini untuk mengisi borang kaji selidik melalui pautan https://forms.gleCyUwHQE9LnyuWaJ37," ujar MetMalaysia.

Dalam pada itu, orang ramai diminta untuk kekal tenang dan menjauhi struktur tidak kukuh di kawasan yang mengalami gegaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram