‘Dia mahu ke Piala Dunia’, CEO TFC jelaskan punca pemergian Nurillo


  • Podium
  • Sabtu, 27 Dis 2025

Nurillo (tengah) diraikan pada penampilan terakhirnya bersama Terengganu.

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC (TFC), Sheikh Farouk Sheikh Mohd Al-Bajrai menjelaskan kenapa kelab itu merelakan pemergian pemain tengah Uzbkekistan, Nurillo Tukhtasinov.

Pemain itu menamatkan kariernya di Pantai Timur selepas bersama untuk tiga tahun apabila dia menyertai TFC pada 2022.

Pemergian pemain tengah berpengaruh itu memerlukan TFC untuk mencari pengganti memandangkan Nurillo keluar daripada kelab pada pertengahan musim.

BACA LAGI: 'Takkan tiap tahun skrip sama?', TFC dipesan cari jurulatih 'sebenar' lepas singkirkan Badrul Afzan

BACA LAGI: Boleh skor lebih banyak, 3 gol tak cukup — Gamel

Nurillo kembali ke Uzbekistan untuk bersama Dynamo Samarkand.

Nurillo dilaporkan kembali ke Uzbekistan dengan sudah mengikat perjanjian bersama-sama Dynamo Samarkand.

Kata Sheikh Farouk, misi untuk masuk ke dalam skuad Piala Dunia 2026 Uzbekistan membuatkan kenapa Nurillo memilih kembali ke negaranya bagi mencerah peluang beraksi di kejohanan tersebut.

TFC mengakui sudah menawarkan kontrak lanjutan namun impian ke Piala Dunia membuatkan Nurillo menolak tawaran tersebut.

"Kami sudah tawarkan kepadanya kontrak lanjutan namun dia memilih untuk pulang ke negaranya supaya dapat fokus mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan bagi Piala Dunia 2026.

"Walaupun ia satu perkara yang sukar untuk kelab lepaskan pemain yang sudah bersama hampir tiga tahun, kami ucapkan semoga berjaya kepadanya," jelas Sheikh Farouk.

Dynamo Samarkand merupakan salah satu daripada kelab yang sedang bersaing sengit dalam memburu gelaran domestik Uzbekistan musim ini.

Mereka menduduki tangga keempat liga dengan 58 mata selepas 30 perlawanan dengan kelab itu sedang mengejar pencabar seperti Nasaf, Pakhtakor serta pendahulu iaitu Neftchi Fergana. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram