Beregu 'tangan kuat' kembali ke BAM


  • Podium
  • Jumaat, 26 Dis 2025

Sze Fei-Izzuddin kembali ke BAM untuk persiapan Terbuka Malaysia.

PASANGAN beregu lelaki profesional Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin menarik perhatian apabila kembali ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Akan tetapi, kepulangan gandingan 'tangan kuat' tersebut bukanlah untuk menyertai semula persatuan itu, sebaliknya mereka hanya kembali bagi persiapan menjelang Terbuka Malaysia, Januari kelak.

Sze Fei-Izzuddin dilihat menjalani latihan sparring dengan gandingan naungan BAM lain seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta  Man Wei Chong-Tee Kai Wun di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat.

BACA LAGI: Boleh skor lebih banyak, 3 gol tak cukup — Gamel

BACA LAGI: Sukar diganti, Man United hilang khidmat Bruno Fernandes untuk 5 aksi berturut-turut

Sze Fei-Izzuddin kini menduduki tempat ketujuh dunia.

Jurulatih skuad beregu Malaysia, Herry Iman berkata yang Sze Fei-Izzuddin menghubungi Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky untuk berlatih bersama BAM.

"Rexy memberitahu saya pada Rabu yang pemain-pemain profesional memohon untuk menyertai latihan bersama sebanyak dua kali seminggu di ABM.

"Saya gembira untuk membenarkan mereka menyertai kami. Ia adalah sebahagian daripada persiapan mereka untuk Terbuka Malaysia. Mungkin mereka berasakan perlunya rakan sparring yang lebih baik.

"Mereka mula berlatih pada Rabu dan juga berlatih pada Jumaat. Minggu depan, mereka meminta untuk berlatih dengan kami pada Rabu dan Sabtu," ujarnya.

Dengan Malaysia memburu slot ke Piala Thomas yang turut diadakan pada tahun hadapan, terdapat potensi kerjasama itu berkemungkinan diteruskan.

Namun bagi Herry, belum masih ada kata putus mengenai itu.

"Tidak mustahil untuk ia diteruskan kerana kami ada pusingan akhir Piala Thomas selepas ini.

"Bagi saya, ia adalah satu kerjasama yang baik kerana mereka pun setaraf dengan gandingan naungan BAM. Oleh itu, ia memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Mereka akan ikut modul latihan kami," kata Herry. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram