PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim menegaskan yang pemain tengahnya, Kobbie Mainoo masih lagi ada peranannya di kelab itu.
Pemain tersebut dikatakan bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari selepas sering disisihkan oleh Amorim dalam perancangannya.
Sebagai rekod, kali terakhir Mainoo beraksi dalam kesebelasan utama untuk tugasan liga adalah pada Mei lalu semasa bertemu West Ham United.
BACA LAGI: 'Takkan tiap tahun skrip sama?', TFC dipesan cari jurulatih 'sebenar' lepas singkirkan Badrul Afzan
BACA LAGI: Boleh skor lebih banyak, 3 gol tak cukup — Gamel

Kobbie Mainoo dijangka akan beraksi pada perlawanan bertemu Newcastle.
Walaupun ketika ini peranannya kelihatan kecil, namun Amorim menjelaskan Mainoo adalah prospek masa depan United.
Ditambah ketiadaan Bruno Fernandes akibat kecederaan, ia membolehkan Mainoo untuk mengambil kesempatan menonjolkan kualitinya di padang.
"Kobbie Mainoo akan ada peluangnya. Dia bermain di pelbagai posisi berbeza, kita bercakap mengenai Casemiro, dia juga boleh buat begitu. Jika kami bermain dengan tiga pemain tengah, dia boleh beraksi seperti di posisi Mason Mount.
"Dia akan menjadi masa depan Manchester United, itu apa yang saya rasa. Dia cuma kena tunggu peluangnya tiba dan segalanya boleh berubah dalam bola sepak walaupun dalam masa dua hari," ujarnya.
Dengan kecederaan Fernandes, Amorim memberikan gambaran yang Mainoo akan diberikan peluang beraksi apabila mereka berdepan Newcastle United pada pagi Sabtu, waktu Malaysia.
Amorim turut menafikan yang Mainoo akan tinggalkan United pada Januari selepas skuadnya kekurangan pemain.
"Jika kami tidak dapatkan pemain, ia sukar buat kami untuk lepaskannya.
"Beberapa hari sebelum kecederaan Fernandes, kami ada bercakap mengenai kekurangan minit diperoleh Mainoo. Dan sekarang ini, peluang itu ada.
"Ada masanya kami akan bernasib malang pada waktu sebegini, dan kami sedang menghadapinya," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
