[VIDEO] Tragedi ketika solat Maghrib, 7 maut masjid jadi sasaran letupan di Nigeria


  • Benua
  • Khamis, 25 Dis 2025

Letupan di Nigeria mengorbankan tujuh orang.

SEBUAH masjid di Nigeria menjadi sasaran letupan bom oleh pihak tidak bertanggungjawab yang kemudiannya menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh mangsa terkorban.

Laporan media antarabangsa menyebut, masjid yang terletak di bandar Maiduguri itu berlaku ketika sedang solat Maghrib pada Rabu.

Seramai 35 lagi mangsa dikatakan tercedera akibat serangan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah lepaskan tokan dadah, balai polis dibakar penduduk

BACA LAGI: [VIDEO] Seluruh 54 unit bazar lama di Kampar musnah dijilat api awal pagi

Hasil siasatan polis mendapati terdapat unsur pengeboman berani mati dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Namun begitu, masih tiada pihak yang tampil ke depan mengakui itu adalah tindakan mereka.

Pihak berkuasa Nigeria menegaskan yang siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Namun begitu, sumber tempatan mengatakan yang masjid tersebut sudah menjadi sasaran puak militan untuk beberapa ketika dengan suspek dilaporkan sudah meletakkan bahan letupan di lokasi dan biarkan ia meletup sewaktu solat sedang didirikan.

Untuk rekod, bandar Maiduguri masih lagi dibelenggu dengan konflik melibatkan puak militan di Nigeria.

Namun begitu, serangan terbaharu tersebut adalah yang pertama sejak kali terakhir berlaku pada 2021. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram